ABSTRACT
COLLECTIONS
1
INSTITUSI WAKAF DI JOHOR DAN SINGAPURA: KAJIAN
PERBANDINGAN
Mas Nooraini Mohiddin
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Negara Brunei Darussalam
Sejarah telah
membuktikan bahawa institusi wakaf berperanan besar dalam memenuhi keperluan
masyarakat Islam dalam semua bidang seperti keagamaan, pendidikan, perubatan
dan aktiviti sosio ekonomi. Namun, apa yang terjadi pada masa kini, institusi
wakaf telah di ketepikan dan menjadi kurang popular di negeri-negeri Islam.
Institusi wakaf kini tidak lagi berfungsi dengan baiknya disebabkan pelbagai
masalah seperti penyelewengan dalam pentadbiran, undang-undang wakaf dan
kesedaran mengenai dikalangan masyarakat Islam. Johor dan Singapura merupakan
model terbaik dalam kejayaan membangunkan institusi wakaf. Metodologi yang
digunakan bagi penulisan kertas kerja ini ialah melalui data primer iaitu
melalui temubual dan pengedaran soal selidik dan juga data sekunder melalui
rujukan perpustakaan, laman sesawang, kertas kerja seminar, artikel dan
sebagainya. Kertas kerja ini akan membincangkan perbandingan dari sudut
undang-undang wakaf, persepsi dan pentadbiran
yang dilaksanakan oleh dua buah negeri yang berbeza persekitarannya dan
juga melihat sejauhmana ianya memberi kesan terhadap pelaksanaan wakaf.
Perbincangan ini diakhiri dengan mengemukakan pelbagai cadangan untuk
meningkatkan pembangunan wakaf agar kejayaan dulu dapat dicapai bagi
kemaslahatan ummah seluruhnya.
Kata kunci :
wakaf, undang-undang, persepsi, pengurusan, Johor dan Singapura.
2
JENAYAH SARIQAH DALAM KANUN KESEKSAAN PENGGAL 22 DAN
PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH, 2013: KAJIAN PERBANDINGAN SATU ANALISIS
Zurairatul
Zakiah DSS Rajid
Fakulti
Syariah dan Undang-Undang
Universiti
Islam Sultan Sharif Ali
Tel:
+673 8844736
zurairah@unissa.edu.bn
Laporan
kes jenayah di Brunei Darussalam acapkali menggambarkan pertambahan jumlah dan
peratusan mereka yang terlibat dengan kegiatan kes curi sungguhpun pelbagai
usaha pembanterasan daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan sudah
dilaksanakan. Antaranya melalui penguatkuasaan akta kesalahan jenayah curi,
diikuti dengan penggubalan serta pemindaan akta tersebut sejajar dengan
perkembangan terkini dalam permasalahan curi. Di sebalik kejayaan penangkapan
beberapa kes jenayah curi, isu jenayah curi tetap saja terus meruncing hingga
menimbulkan kebimbangan di benak masyarakat tentang kemampuan dan peranan
undang-undang dalam menangani jenayah curi. Tidak cukup itu, kredibiliti pihak
berwajib dalam mengatasi kes-kes curi di Brunei Darussalam turut dipertikai.
Kegusaran ini mengundang keperluan untuk melihat kembali undang-undang yang
sudah lama sedia ada di bawah Kanun Keseksaan Brunei di samping undang-undang –
Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 - yang baru diwartakan dalam
menangani permasalahan ini selain cuba mengemukakan persoalan sama ada
undang-undang tersebut mencukupi atau adakah jalan dan cara baru yang boleh
diketengahkan dalam mencari jalan penyelesaian yang hakiki terhadap jenayah
ini. Pada waktu yang sama, kajian ini juga akan membuat penganalisaan ke atas
kedua-dua undang-undang tersebut bagi menilai kesejajaran dan kesesuaian
peruntukan-peruntukan tersebut dengan undang-undang jenayah Islam di samping
cuba mengkaji penerimaan dan persepsi masyarakat Brunei terhadap undang-undang
ini. Kajian yang menggunakan kaedah kepustakaan dan kajian lapangan ini diharap
dapat menepati objektif kajian dan seterusnya menjadi sumber percambahan ilmu
yang komprehensif dalam kesalahan curi dari aspek perundangan.
Kata kunci:
Jenayah curi, PKHJS2013, Kanun Keseksaan Penggal 22, Undang-undang Jenayah
Islam, Brunei.
3
ASAS-ASAS EKONOMI POLITIK ISLAM
Ade
Yunita Mafruhat
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti asas-asas
ekonomi politik Islam (EPI). Pengenalpastian asas-asas EPI ini didasari oleh
kesedaran akan betapa pentingnya penggabungan antara bidang ekonomi Islam dan
bidang politik Islam. Penggabungan ini diyakini dapat menyelesaikan persoalan
pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik ummah. Persoalannya, apakah asas-asas
EPI tersebut? Apakah asas-asas ini dapat melahirkan satu EPI yang holistik?
Kertas kerja ini berhasrat menjawab persoalan-persoalan ini. Berdasarkan kajian
kepustakaan didapati terdapat tiga asas dalam EPI. Pertama, akidah (Tauhid);
kedua, syariah (ahkam); ketiga, akhlak (action).
Ketiga-tiga asas ini merupakan inti daripada ajaran Islam yang dapat melahirkan
satu EPI yang holistik.
Kata kunci:
Ekonomi Islam, Politik Islam, Ekonomi Politik Islam
4
DOGMA DALAM TASAWUR DAN EPISTEMOLOGI KAEDAH PENYELIDIKAN BERTERASKAN
ISLAM (KPBI)
Amirah Abdullah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0132967572
Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dogma
dalam tasawur dan epistemologi kaedah penyelidikan berteraskan Islam (KPBI).
Dogma ialah kepercayaan atau sistem kepercayaan yang dianggap benar dan
seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian. Bertitik
tolak daripada pertembungan pemikiran sains dan dogma gereja, kegemilangan
sains Barat moden telah memberi pengaruh yang kuat terhadap bidang KPBI. Setiap
penyelidikan yang dilakukan mestilah berpaksikan kepada kaedah penyelidikan
lazim, khususnya dalam konteks tasawur dan epistemologinya. Persoalannya,
apakah pegangan dogma dalam tasawur KPBI? Apakah pula pegangan dogma dalam
epistemologi KPBI? Bagaimanakah elemen dalam kedua-dua dogma tersebut memberi
kesan kepada KPBI? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, dua objektif telah
ditetapkan. Pertama, mengenal pasti dogma dalam tasawur dan epistemologi KPBI;
dan kedua, menganalisis pegangan dogma dalam tasawur dan epistemologi KPBI.
Dapatan daripada analisis kandungan terhadap data-data sekunder membawa kepada
rumusan bahawa dogma dalam tasawur dan epistemologi telah memberi pengaruh dan
impak yang besar terhadap kaedah penyelidikan yang berkaitan dengan Islam dan
orang Islam atau dikenali sebagai KPBI. Dogma dalam tasawur KPBI perlu
berasaskan kepada aqidah, ibadah, akhlak, rukun Iman dan rukun Islam. Manakala
dogma dalam epistemologi KPBI perlu bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah,
qiyas, dan ijma’ ulama’. Dapatan berkenaan penting dalam KPBI bagi membentuk
pelbagai disiplin ilmu yang berasaskan dogma Islam, dan bukannya dogma Barat.
Tasawur dan epistemologi Islam inilah yang menjadi teras kepada KPBI.
Kata Kunci: Dogma, Tasawur, Epistemologi, Kaedah Penyelidikan
Berteraskan Islam, KPBI
5
ELEMEN-ELEMEN UTAMA DALAM WACANA PENYELIDIKAN BEBAS NILAI
Mohd Syahmir Alias
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.
e-mel: syahsc90@gmail.com
Hakikatnya, penyelidikan saintifik masa kini merupakan
suatu hasil wacana oleh ahli-ahli falsafah sains Barat terdahulu. Perbahasan
ini melibatkan tokoh-tokoh seperti Francis Bacon, David Hume, Max Weber dan
Alfred Jules Ayer. Perkara yang ditimbulkan dalam wacana ini antaranya ialah
konsep penyelidikan bebas nilai (value-free research). Persoalannya,
apakah elemen-elemen utama dalam wacana ini? Bagi menjawab persoalan tersebut,
kertas kerja ini bertujuan menganalisis teks-teks sekunder yang berkaitan bagi
mendapatkan elemen-elemen utama dalam wacana penyelidikan bebas nilai. Kaedah
analisis yang digunakan pula adalah kaedah analisis kandungan dengan pendekatan
deskriptif. Hasilnya, empat elemen utama yang ditemui. Pertama, epistemologi
sains; kedua, skeptisisme; ketiga, permalahan metafizik; dan keempat, perbezaan
is dan ought. Kesemua elemen inilah yang memperkuatkan keperluan
kepada konsep bebas nilai dalam penyelidikan saintifik menurut perspektif
Barat.
Kata kunci: elemen, epistemologi sains, skeptisisme,
penyelidikan, bebas nilai
6
KHAIRUDDIN BARBAROSSA PEJUANG ISLAM ATAU LANUN: SUATU PENELITIAN AWAL
Ahmad Sobrie Ab Rahman
Email Address: sobrierahman@gmail.com
Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel: 0179457506
Pada abad ke-16M, Laut Mediterranean digelar
sebagai tasik dawlah Uthmāniyyah kerana penguasaan armada laut dawlah
Uthmāniyyah yang dipimpin oleh Khairuddin Barbarossa. Beliau cukup terkenal
dalam dunia pelayaran dan merupakan pelayar yang sangat digeruni orang-orang
Eropah pada era tersebut. Hal ini menyebabkan sesetengah sarjana Barat
cenderung menggambarkan Khairuddin Barbarossa sebagai salah seorang tokoh lanun
yang paling digeruni sepanjang zaman. Lantaran itu timbulnya persoalan adakah
beliau seorang lanun sedangkan ahli sejarah Islam mengangkat beliau sebagai
pejuang Islam. Kertas kerja ini bertujuan meneliti latar belakang Khairuddin
Barbarossa. Penelitian mengenai latar belakang Khairuddin Barbarossa ini
mencakupi aspek sebelum beliau menceburi bidang ketenteraan dan selepas
menyertai angkatan tentera laut dawlah Uthmāniyyah. Kedua, peranan yang telah
dimainkan oleh Khairuddin Barbarossa. Ketiga, sumbangan Khairuddin Barbarossa
yang telah menyerahkan seluruh jiwa raganya demi Islam. Kajian ini menggunakan
reka bentuk kajian kualitatif berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis
kandungan. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah
ini dipilih untuk membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi
sendiri terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data
pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Dapatan kajian ini
mendapati Khairuddin Barbarossa sememangnya seorang pejuang Islam yang telah
berjaya menyelamatkan berpuluh-puluh ribu umat Islam di Andalus yang terpaksa
melarikan diri bagi menyelamatkan akidah lantaran kejatuhan kerajaan Islam
terakhir di sana. Khairuddin Barbarossa juga telah berjaya menerajui armada laut
Uthmāniyyah dan berjaya meraih beberapa kemenangan besar yang menggegar seluruh
Eropah.
Kata Kunci: Khairuddin Barbarossa, Dawlah
Uthmaniyyah, Laut Mediterranean, Pejuang
7
PEMBANGUNAN ASNAF FAKIR DAN
MISKIN HULU LANGAT, SELANGOR OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
Nur Atikah Nazarudin
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
Emel:
atikahnazarudin@gmail.com
Tel:
012-2397326
Pengagihan dan pengutipan
zakat di LZS semakin meningkat dari tahun ke tahun. Khususnya di Hulu Langat
Selangor, sebahagian besar daripada hasil kutipan zakat ini diagihkan oleh LZS
kepada asnaf dan golongan yang layak bagi membangunkan dan meringankan beban
mereka yang memerlukan dari segi kewangan. Maka LZS telah melaksanakan pelbagai
program pembangunan sebagai salah satu usaha dalam memastikan golongan ini
terutamanya asnaf fakir dan miskin, untuk keluar daripada masalah ini. Walau
bagaimanapan, penyertaan yang sedikit dari asnaf dalam program-program ini
telah membantutkan usaha LZS dalam memudahkan asnaf berdikari menangani masalah
kewangan. Justeru itu, program yang sesuai perlu dilaksanakan bagi memastikan
asnaf ini keluar daripada kemiskinan disamping melayakkan mereka berdikari
untuk secara beransur keluar daripada kemiskinan. Sejajar dengan itu, kajian
ini diperlukan dengan tujuan mengenal pasti jenis-jenis program pembangunan
zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang sesuai dengan golongan fakir dan
miskin di Hulu Langat, dan menganalisis kekangan LZS dalam melaksanakan program
pembangunan bagi asnaf fakir dan miskin. Temu bual mendalam dijalankan terhadap
dua orang pegawai yang pernah terlibat dalam program pengagihan zakat dan tiga
orang golongan asnaf fakir dan miskin Selangor. Kajian mendapati
sekurang-kurangnya terdapat tiga program pembangunan yang sesuai dengan asnaf,
iaitu berkaitan pendidikan, ekonomi, dan rohani. Dari hasil program pembangunan
ini, didapati golongan asnaf mempunyai kekangan dalam melibatkan diri dalam
program pembangunan yang dilaksanakan LZS. Kesimpulannya, di atas desakan hidup
asnaf tidak mempunyai kemudahan untuk menyertai program pembangunan yang
dilaksanakan oleh LZS, asnaf juga kurang berminat untuk menyertai program
pembangunan yang dilaksanakan oleh LZS. Oleh itu, dicadangkan bagi asnaf
digalakkan menyertai program pembangunan LZS, setiap asnaf diberi pendedahan
dan kefahaman akan kepentingan melibatkan diri dalam program pembangunan LZS.
Kata kunci: pembangunan LZS,
asnaf fakir dan miskin, LZS, zakat
8
INDIKATOR JENAYAH DALAM INDEKS
PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM (PBI): ANALISIS BERDASARKAN KITAB FIQH ISLAMI
WA ADILLATUH
Noorhusna Badri
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
Pelbagai jenis indeks telah dicipta untuk mengukur
sesuatu pembangunan. Dalam indeks tersebut, terkandung pelbagai jenis komponen
dan indikator yang digunakan sebagai petunjuk atau petanda dalam mengukur
sesuatu pembangunan. Misalnya, Crime Index yang digunakan oleh Federal Bureau
of Investigation (FBI) menghimpunkan statistik jenayah yang berlaku di Amerika
Syarikat. Manakala di Malaysia telah diwujudkan Indeks Keselamatan Awam yang
mengandungi dua komponen iaitu kadar jenayah dan kadar kemalangan jalan raya.
Dalam setiap komponen tersebut, terkandung pula indikator-indikator seperti
jenayah harta benda dan jenayah kekerasan dalam komponen kadar jenayah. Maka,
Indeks PBI yang mengandungi komponen jenayah memerlukan kepada
indikator-indikator jenayah untuk melengkapkannya. Justeru, apakah jenis
jenayah yang sesuai untuk dijadikan sebagai indikator dalam Indeks PBI? Kertas
kerja ini bertujuan mengenal pasti apakah jenis jenayah yang terdapat dalam
kitab Fiqh Islami Wa Adillatuh. Seterusnya, kertas kerja ini menganalisis
kesesuaian jenis jenayah tersebut untuk dijadikan sebagai komponen indikator
jenayah. Penelitian terhadap elemen-elemen jenayah dilaksanakan menggunakan
sumber-sumber kepustakaan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan.
Hasil kajian mendapati terdapat tiga jenis jenayah dalam kitab Fiqh Islami
Wa Adillatuh yang sesuai dijadikan sebagai komponen indikator jenayah dalam
Indeks PBI.
Kata Kunci: Indikator jenayah, Pembangunan Berteraskan
Islam, Fiqh Islami Wa Adillatuh
9
KONSEP
PENGURUSAN KEPADATAN MANUSIA BERTERASKAN ISLAM
Musmuliadi Kamaruding
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Kajian-kajian sedia ada yang berkaitan dengan konsep
pengurusan kepadatan manusia semuanya berasaskan konsep pengurusan lazim. Masih
belum ada lagi kajian yang menjurus kepada konsep pengurusan kepadatan manusia
berteraskan Islam. Jika diteliti, ada kepadatan manusia yang mempunyai unsur-unsur
Islam. Misalnya, kepadatan manusia yang berlaku pada musim haji. Adalah tidak
munasabah jika kepadatan manusia pada musim haji diurus dengan cara yang lazim.
Kertas kerja ini bertujuan meneliti konsep pengurusan kepadatan manusia
berteraskan Islam. Terdapat tiga aspek yang akan diteliti melalui kaedah
perpustakaan dan analisis kandungan. Pertama, maksud pengurusan kepadatan
manusia berteraskan Islam; kedua, tasawur pengurusan kepadatan manusia
berteraskan Islam; dan ketiga, matlamat akhir pengurusan kepadatan manusia
berteraskan Islam. Hasilnya, kertas kerja ini menyimpulkan bahawa konsep
pengurusan kepadatan manusia berteraskan Islam menggambarkan sebuah pengurusan
yang berasaskan tasawur Islam iaitu melalui pendekatan tauhid dengan
bersumberkan al-Qur’an dan sunnah termasuk ijmak dan qiyas sebagai sokongan di
samping menjadikan keredaan Allah sebagai matlamat akhir untuk dicapai.
Kata Kunci: Pengurusan
Kepadatan Manusia, Tasawur Islam,
Keredaan Allah
10
SHARIAH SCREENING
METHODOLOGY IN THE ISLAMIC CAPITAL MARKET: AN INTRODUCTION
Taha Mohd Omar
Centre for Islamic Development Managament Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
This paper intends to give a brief introduction on the Shariah
screening methodology applied in the Islamic capital market that was introduced
by the Securities Commission of Malaysia. This paper has two objectives;
firstly to explain the role of the Shariah screening methodology and secondly
to uncover questionable benchmarks in the Shariah screening methodology. In
order to achieve the two objectives, library research was carried out. Library
research is pursued to attain secondary data that are related to the Shariah
screening methodology and the Securities Commission of Malaysia. This research
has produced the awareness on some errors contained in the current Shariah
screening methodology. Henceforth, further researches needs to be carried out
to attain justifications of the current benchmarks in the Shariah screening
methodology. Subsequently, even though the current Shariah screening
methodology practiced today is based on Shariah teachings, but there are still
rooms for improvement.
11
Perancang Pembangunan: Suatu
Kajian dari Perspektif Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam
Kasyful
Mahalli
mahallikasyful@gmail.com
Fakultas Ekonomi dan Bisnis , Unversitas Sumatera Utara
Telp: +6281264524148
Peranan perancang pembangunan sangat
penting dalam menyusun rancangan pembangunan terutama untuk menghasilkan
pembangunan berteraskan Islam. Pembangunan berteraskan Islam perlu dirancang
oleh perancang berteraskan Islam untuk memastikan bahawa rancangan pembangunan
yang dihasilkan adalah pembangunan berteraskan Islam yang tulen. Masalahnya
adalah bagaimana peranan perancang pembangunan ini dikaji dari perspektif prinsip
pembangunan berteraskan Islam? Kertas kerja ini berhasrat untuk mengkaji
peranan perancang pembangunan daripada teori perancangan konvensional dan
kemudian menganalisisnya dari perspektif prinsip pembangunan berteraskan Islam.
Dengan menggunakan kajian pustaka seperlunya, kertas kerja ini akan diakhiri
dengan membina kriteria yang diperlukan seorang perancang pembangunan dari
perspektif Islam.
Kata-Kata
Kunci: Perancang
pembangunan, corak perancangan dan pembangunan berteraskan Islam
12
THE CHARACTERISTIC OF
ISLAMIC-BASED DEVELOPMENT ACTOR IN ISLAMIC SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDEX
The definition of sustainable development has
evolved over these decades. Sustainable development should be carried out in a
way that brings betterment to the current generation without depriving the
future generations. Sustainable development also represents a commitment to
advance human well-being, with the added constraint that this development needs
to take place within the ecological limits of the biosphere. There are numerous
development indicator to measure and determined whether a country is developed,
developing or underdeveloped. The existing various measurements in development
index might be the most comprehensive indicator to capture the human
development concept, necessitating an adequate measure of human development.
However, the measurement is not fully compatible and sufficient for measuring
human development in Islamic-based worldview. In view of the insufficiency of
the existing development index proposed, this study attempts to identify the
characteristics of development actors for sustainable development indices. How
the development actors can be measured in sustainable development and how does
the development actor have implication for sustainable development according to
Islamic worldview. This study intends to identify in depth about the
characteristic of Islamic-based development actors for sustainable development
with the concept and approach of vertical and horizontal relationship with
Allah SWT (hablum-minaAllah and hablum-minannas). Thus, the characteristics of
development actor might be varying in term of philosophy and function between
current thought and Islamic-based worldview.
Keyword Sustainable development, Islamic-based
development actor, Hablum Min Allah, and Hablum Min Annas.
13
THE EVOLUTION OF ISLAMIC CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTIONS
Ekarat Sitisan
PhD.
Candidate, Centre of Islamic Development Management Studies (ISDEV),
Universiti
Sains Malaysia
The
concepts of individual social responsibility in Islam are perfectly mentioned
several times in the Holy Qur’an and the Hadith. All Muslim have
to obey absolutely this command of Allah (swt) without any question. In
addition, many Islamic scholars and Islamic researchers also use those manners
to be applied in the terms of a corporate social responsibility. It is because
they considered a corporation as a person who has to follow the order of Allah
(swt) as well. Moreover, the corporation has more power than a person
can do. However, there is still a gap which has to be researched in Islamic
corporate social responsibility. This paper attempts to trace the evolution of
Islamic corporate social responsibility and find the gap of Islamic corporate
social responsibility especially in Islamic financial institutions. This paper
tried to provide useful data for developing Islamic CSR system and practicing
Islamic CSR in Islamic financial institutions. The data was collected from
books, journals, annual report of Islamic banks, and conference proceedings.
The data was analyzed by using content analysis. The result was shown that
there is no Islamic CSR research on its guidelines for practice in Islamic
financial institutions nowadays. Most of the researches are on the theoretical
part such as Islamic CSR framework, Islamic CSR principles, and its criteria.
Keywords:
Corporate social responsibility, Islamic corporate social responsibility,
Islamic financial institution, Islamic bank, Evolution
14
PEMBINAAN STRATEGI POLITIK
ISLAM BERASASKAN AMALAN POLITIK KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Nur Atirah Mohamad Razif
Email Address: alsyahidah_91@yahoo.com.my
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0174596517
Khalifah Umar Abdul Aziz terkenal sebagai
pengamal politik berasaskan Islam. Amalan politik ini antaranya melibatkan
strategi politik Islam. Strategi politik Islam berasaskan amalan politik Khalifah
Umar Abdul Aziz dilihat berjaya berbanding dengan amalan politik sebelum dan
selepas Baginda. Oleh itu, timbul persoalan bolehkah strategi politik Islam
yang diamalkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz diamalkan pada masa sekarang?
Daripada persoalan ini, kertas kerja ini berhasrat untuk menganalisis pembinaan
strategi politik Islam berasaskan amalan politik Khalifah Umar Abdul Aziz.
Untuk mencapai hasrat itu, kertas kerja ini dilakukan dengan menggunakan kajian
kepustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder. Kemudian, data-data ini
dianalisis berdasarkan analisis kandungan. Hasilnya, terdapat pembinaan
strategi politik Islam berasaskan amalan politik Khalifah Umar Abdul Aziz yang
sesuai dilaksanakan pada masa sekarang. Pelaksanaan ini merangkumi tiga perkara.
Pertama, strategi mentauhidkan Allah dalam amalan politik Islam; kedua,
strategi pengagihan semula kekayaan dengan adil berasaskan al-Qur’an dan
Hadith; dan ketiga, strategi perlindungan sosial kepada masyarakat.
Keyword Strategi Politik Islam, Amalan Politik,
Khalifah Umar Abdul Aziz
15
FALSAFAH DAN ANDAIAN
PEMBANGUNAN LAZIM SERTA PENGARUHNYA TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Mohd Hafifi Hafidz Abu
Bakar
Email Address: hafifi2687@gmail.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 017-4219047
Kelestarian merupakan satu topik yang sering
diperkatakan terutama sekali dalam perbincangan mengenai kesan aktiviti
pembangunan yang dijalankan. Isu-isu mengenai kerosakan alam sekitar akibat
perkembangan aktiviti pembangunan manusia telah menjadikan topik kelestarian
terutama sekali kelestarian alam sekitar semakin hangat diperkatakan.
Kelestarian ini dibentuk falsafah dan andaian pembangunan lazim yang berasal
daripada pemikir-pemikir konvensional atau lazim. Persoalannya, apakah falsafah
dan andaian pembangunan lazim yang membentuk kelestarian? Apakah pengaruh
falasafah dan andaian pembangunan ini terhadap kelestarian alam sekitar? Untuk
menjawab persoalan ini, kertas kerja ini ditulis untuk mencapai dua objektif.
Pertama, mengenal pasti falsafah dan andaian lazim dalam kelestarian. Kedua,
menganalisis pengaruh falsafah dan andaian pembangunan lazim tersebut terhadap
kelestarian alam sekitar. Hal ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas
mengenai falsafah dan andaian pembangunan yang menbentuk dan mempengaruhi
kelestarian alam sekitar. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan
penelitian kandungan untuk mendapat gambaran yang lebih mendalam mengenai
falasfah dan andaian lazim. Kajian ini mendapati bahawa pengaruh falsafah dan
andaian pembangunan lazim dalam kelestarian tidak mengambil kira unsur
keagamaan dan hanya berpandukan kepada logik akal semata-mata.
Kata Kunci: Falsafah, Kelestarian, Pembangunan
lazim
16
THE PARTICIPATION OF
RELIGIOUS LEADERS TO THE REDUCTION IN THE ISLAMIC FREE SEX AMONG TEENAGERS
Siti Hajar
Fakultas
Ilmu Sosial dan Ilmu Politik
Universitas
Muhammadiyah Sumatera Utara – Indonesia
Tel:
0812 8696 6639
Social
problems that occur in social life associated with promiscuity, such as drugs,
free sex, which resulted in abortion and marriage at a young age. Promiscuity
is one of the causes of social problems among youth. The occurrence of sexual
promiscuity, particularly among teenagers smoking affected by the process of
globalization which brings positive and negative effects on the behavior of
people, especially teenagers. One of the negative impacts of the globalization
process is the proliferation of pornography through the media of porno that
developed within the community so that the cause of free sex among teenagers.
Free sex teen is the responsibility of all parties, especially the family and
religious leaders. Then, it approaches in accordance with the teachings of
Islam, the Islamic youth to create a net of free association and create a
generation of creativity Islam. The method used descriptive qualitative
approach that focuses solving existing problems, especially problems that are
the actual data collected through then compiled, analyzed descriptively
explained so as to provide an overview of the complex social reality of the
participation of religious leaders to prevent sex in Islam among young people,
and impose a way to say, motivate and educate youth to be clean of teenage
promiscuity and become an Islamic generation.
Keywords:
participation of religious leaders, free
sex, teen islami
17
PROGRAM
PEMBANGUNAN INSANIAH WANITA ISLAM OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN NISA’ KELANTAN:
SATU ANALISIS
Na’imah
Mohamed Najib
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
No. Tel: 013-5017546
Pelbagai program bagi tujuan pembangunan insaniah
golongan wanita berasaskan slogan “Membangun Bersama Islam” telah dilaksanakan
di negeri Kelantan. Program tersebut khususnya telah dijalankan melalui Pejabat
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat yang
digerakkan oleh majoriti golongan wanita muda Islam. Walau bagaimanapun,
kerajaan negeri menghadapi cabaran apabila terdapat program kurang mendapat
sambutan akibat kekhuatiran masyarakat terhadap pengaruh politik sekiranya
terlibat dengan program anjuran kerajaan negeri. Fenomena ini mencetuskan
lompang yang dapat diisi oleh badan bukan kerajaan wanita muda Islam di
Kelantan yang berdaftar, dikenali sebagai Nisa’ Kelantan. Sehingga kini, Nisa’
Kelantan berperanan secara aktif dalam menjalankan program-program pembangunan
insaniah untuk golongan wanita khususnya wanita Islam di Kelantan. Persoalan
yang timbul daripada kajian ini ialah, apakah elemen pembangunan insaniah
wanita yang ditekankan dalam program yang dilaksanakan sehingga kini sehingga
mampu membangunkan wanita Islam di Kelantan selari dengan kehendak Islam? Atas
sebab ini, kertas kerja ini bertujuan menganalisis program-program yang
dirancang dan dilaksanakan oleh Nisa’ Kelantan dalam membangunkan insaniah
wanita di Kelantan. Bagi memenuhi tujuan ini, pendekatan yang telah diambil
oleh Nisa’ Kelantan dalam program yang dilaksanakan diteliti. Program tersebut
seterusnya dinilai bagi mencari elemen pembangunan insaniah wanita yang telah
berjaya dilaksanakan. Kajian ini menggunakan kaedah temubual separa berstruktur
kepada 5 orang wakil ahli jawatankuasa Nisa’ Kelantan sepanjang penubuhan Nisa’
Kelantan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Nisa’ Kelantan
didapati telah melaksanakan program pembangunan insaniah wanita selari dengan
kehendak Islam menerusi penekanan program terhadap elemen pembangunan sahsiah
diri, pembangunan emosi, mental, rohani dan jasmani yang seimbang, serta
program kebajikan terhadap wanita dan masyarakat di Kelantan.
Kata
kunci: Wanita Islam, Nisa’ Kelantan, Badan Bukan Kerajaan
(NGO), Pembangunan Insaniah.
18
IMPLIKASI KEPEMIMPINAN TUN
DR. MAHATHIR MOHAMAD TERHADAP EKONOMI ISLAM DI MALAYSIA
Noor Husna Mohd Shafie
Email: shafiehusna@gmail.com
Centre For Islamic Development Management
Studies (ISDEV)
University Sains Malaysia
Tel: 0134670644
Semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawat
jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, berlaku perkembangan
ekonomi Islam di Malaysia. Hal ini meletakkan negara Malaysia setapak ke
hadapan berbanding negara-negara Islam di Asia Tenggara. Walaupun begitu,
perkembangan ekonomi tersebut bercampur aduk antara perkembangan pembangunan
ekonomi konvensional dengan perkembangan pembangunan ekonomi Islam.
Persoalannya, apakah kriteria ekonomi Islam yang digunakan oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad? Apakah cabaran pelaksanaan ekonomi Islam di Malaysia apabila
Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak dikaitkan dengan isu-isu konvensional? Kertas
kerja ini ditulis untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut dengan meneliti
dan menganalisis implikasi kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap
ekonomi Islam di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah
analisis kandungan, hasilnya didapati bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa
menjadi Perdana Menteri telah berperanan dalam membangunkan ekonomi Islam di
Malaysia. Bagi memperkukuhkan lagi dasar pelaksanaan sistem ekonomi Islam dalam
negara, Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berusaha
mendekati negara Arab Saudi bagi mendapatkan maklumat dan pengalaman daripada
mereka dalam pelaksanaan dasar sistem ekonomi berlandaskan syariah. Selain itu,
walaupun adanya pelaksanaan sistem ekonomi Islam dalam institusi-institusi
Islam di Malaysia, kedudukan golongan bukan Islam dalam negara tidak terjejas
sama sekali.
Kata kunci: kepimpinan Tun Dr. Mahathir
Mohamad, perkembangan ekonomi Islam di Malaysia
19
TREND KAJIAN SISTEM
PEMERINGKATAN UNIVERSITI DUNIA: SATU TINJAUAN
Athirah Abu Bakar
Email: athirahabubakar@ymail.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0132838570
Kertas kerja ini berhasrat untuk mencapai dua
objektif. Pertama, mengenal pasti sistem pemeringkatan universiti dunia (PUD)
yang diguna pakai dalam sistem pendidikan tinggi pada masa kini. Kedua,
menganalisis trend kajian-kajian terdahulu tentang sistem PUD yang telah
dilakukan oleh para penyelidik sebelum ini. Analisis ini penting untuk
dilakukan memandangkan pada masa kini sistem pendidikan tinggi di seluruh dunia
menggunakan sistem PUD untuk menilai kredibiliti dan tahap kecemerlangan
sesebuah universiti. Universiti yang mendapat kedudukan teratas dalam sistem
PUD dianggap lebih baik kualitinya berbanding universiti lain. Akibatnya,
institusi pendidikan tinggi sentiasa menerima tekanan untuk menggubah dan
memperbaiki hasil keluaran sehingga mewujudkan persaingan dalam kalangan
universiti. Persoalannya, apakah sistem PUD yang selalu digunakan untuk
mengukur prestij sesebuah universiti? Apakah pula kajian-kajian mengenai sistem
PUD yang telah dilakukan sebelum ini? Bagi menjawab persoalan ini,
kajian-kajian terdahulu disorot dan diteliti dengan menggunakan kaedah analisis
kandungan. Hasil penelitian merumuskan bahawa terdapat tujuh kelompok utama
kajian mengenai sistem PUD iaitu implikasi sistem PUD, indikator sistem PUD,
pembinaan sistem PUD baharu, peranan sistem PUD, keputusan laporan sistem PUD,
penggunaan kaedah tertentu untuk meningkatkan metodologi sistem PUD dan
kajian-kajian lain yang berkaitan dengan sistem PUD.
Kata Kunci: Sistem pemeringkatan universiti
dunia, pendidikan tinggi, university
20
ANALISIS
KAEDAH PENGURUSAN REMAJA PEREMPUAN ISLAM DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA (PPW),
JOHOR
Nursyuhada
Md. Anuar
Email: nursyuhada.anuar@gmail.com
Centre For Islamic Development Management
Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0195424517
Statistik anak tidak sah taraf di Malaysia dari
tahun 2005 hingga 2010 mencatatkan kaum Melayu beragama Islam antara penyumbang
yang tertinggi berbanding kaum lain. Anak tidak sah taraf kebiasaannya berpunca
daripada gadis hamil luar nikah. Situasi ini mengakibatkan kes-kes seperti
pembuangan bayi, pengabaian kanak-kanak, keruntuhan institusi keluarga dan
masalah kesihatan dari segi fizikal mahupun psikologi semakin berleluasa.
Perkara ini memberikan impak negatif dan menjejaskan pembangunan sosial negara.
Atas sebab ini, pusat perlindungan dan pemulihan khususnya bagi membantu remaja
mahupun wanita yang terlibat dengan isu hamil luar nikah serta masalah sosial
mula ditubuhkan oleh Majlis dan Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di
Malaysia. Namun begitu, hanya terdapat beberapa sahaja pusat perlindungan dan
pemulihan di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang benar-benar aktif
dalam membantu memulih dan membimbing remaja yang terlibat secara berterusan.
Antaranya, Pusat Perlindungan Wanita (PPW) di bawah pentadbiran Majlis Agama
Islam Johor (MAIJ). PPW ini menguruskan, membimbing dan memantau para remaja
yang mendaftar secara konsisten bermula dari pendaftaran masuk sehingga
pendaftaran keluar dari PPW. Persoalannya, apakah aspek yang diambil kira dalam
kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW dan bagaimanakah aspek dalam
kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW dilaksanakan? Oleh itu, kertas
kerja ini bertujuan mengenal pasti aspek yang diambil kira dan dilaksanakan
dalam kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW, Johor. Bagi memenuhi
matlamat ini, penelitian melalui temu bual mendalam serta kajian kepustakaan
dilaksanakan. Maklumat yang diperoleh dianalisis melalui analisis kandungan.
Hasil penelitian mendapati terdapat tiga aspek yang digunakan iaitu kerohanian,
jasmani dan kemahiran. Walau bagaimanapun, aspek kerohanian lebih dititik
beratkan dan diberi tumpuan utama dalam pengurusan remaja perempuan Islam di
PPW.
Kata Kunci: Kaedah pengurusan remaja perempuan
Islam, Pusat Perlindungan Wanita (PPW), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), aspek
kerohanian
21
THEORY OF GIVING FROM AN
ISLAMIC PERSPECTIVE
For last few decades, a large number of
economists and social scientists have been trying to connect non-economic
factors i.e., culture, religion etc. with economics. In every religion,
‘giving’ (in terms of charity in cash and in kind) has been given utmost
importance. Among religions, Islam has focused more extensively on it. Islam
has different categories of ‘giving’. Western literature has also focused on
religious giving and religious attendance. In most cases, they have tried to
link these variables with income and observed that among the high income group,
religious giving is preferred over religious attendance (Iannaccone, 1997;
Rosborough, 2009 & 2010). Opposite happens among low income group. Of
course, there is a relationship between high income and religious giving,
however, variables like religious giving and religious attendance doesn’t
totally depend on income in Islam. Basically, in Islam, both religious giving
and religious attendance depends on the level of Taqwa (Allah fearing). So
there is positive relationship between the level of Taqwa and religious giving
and religious attendance. This Islamic proposition has yet shown through model
development using microeconomic framework. In this backdrop, the author aims to
come up with a mathematical microeconomic model on ‘Theory of Giving from an
Islamic Perspective’.
Keyword religious giving; religious attendance;
Taqwa (Allah fearing); microeconomic model
22
UNDERSTANDING ISLAMIC
HOSPITALITY
Azreen Hamiza Abdul Aziz
Centre
for Islamic Development Management Studies (ISDEV),
Universiti
Sains Malaysia,
11800
Pulau Pinang.
Tel:
+6012-4602143 Fax: 04-6532124
Being
part of the service sector has spread hospitality management to every part of
the world. Hospitality management gain its popularity since the service sector
has become one of the main sectors that contributes greatly to the economy.
Looking back from the historical perspective, hospitality industry is one of
the oldest industries in the world. The development of hospitality and tourism
has attracted and encourage travellers to explore the world more. Nowadays,
Muslim and non-Muslim travellers opt for Islamic hospitality in order to fulfill
their need when travelling. The demand for Islamic hospitality is gaining
extensive recognition synchronises with the introduction of Islamic finance and
Islamic tourism. Understanding Islamic hospitality is a need since the concept
of Islamic hospitality management has yet to be developed. This paper aims to
explore the niche segment of Islamic hospitality with the objectives to explore
and to provide understanding on Islamic hospitality. Library research is used
as the methodology to obtain different types of theories and concepts with
content analysis in answering its objectives. The outcome exposes that Islamic
hospitality has been carry out in the Islamic practices long time ago that is
in line with the need of developing Islamic hospitality management that based
on Islamic philosophical underpinning.
Keywords:
Service management, Islamic service management, Islamic Hospitality, Islamic
hospitality management
23
ANDAIAN KETIDAK-TERHADAN
KEHENDAK MANUSIA (KTKM) DALAM EKONOMI ISLAM: ANALISIS BERDASARKAN TASAWUR ISLAM
Mohd Zulkifli Muhammad
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
11800
Pulau Pinang
E-mel:
zulrider@yahoo.com
Andaian
ketidak-terhadan kehendak manusia (KTKM) berasal daripada falsafah ekonomi
lazim. Falsafah ekonomi lazim terbit daripada teori-teori yang lahir daripada
falsafah Pasca-Klasikal yang melahirkan sistem kapitalis dan teori-teori
daripada falsafah Marxis dan Pasca-Marxis yang melahirkan sistem sosialis dan
komunis. Kedua-dua falsafah kapitalis dan Marxis percaya terhadap andaian
bahawa kehendak manusia tidak terhad. Andaian KTKM diambil oleh ahli ekonomi
Islam lalu diolah dan diasimilisasi dengan elemen-elemen Islam agar ianya boleh
dipanggil andaian dalam ekonomi Islam. Persoalannya, benarkah kehendak manusia
tidak terbatas? Sesuaikah andaian KTKM ini diterima dalam ekonomi Islam?
Sekiranya tidak sesuai, apakah andaian kehendak manusia yang sesuai menurut
tasawur Islam? Kertas kerja ini ditulis dengan matlamat untuk mencapai dua
tujuan. Pertama, mengenal pasti pandangan sarjana ekonomi Islam arus perdana
berkenaan andaian KTKM. Kedua, menganalisis andaian KTKM berlandaskan tasawur
Islam. Data yang digunakan diperolehi daripada kajian perpustakaan. Analisis kandungan, tekstual dan perisian ATLAS.ti
digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kajian ini mendapati bahawa andaian KTKM
tidak sesuai digunakan dalam ekonomi Islam kerana menyalahi tasawur Islam.
Berdasarkan analisis ini juga, andaian KTKM yang selari dengan tasawur Islam
dicadangkan untuk ekonomi Islam.
Kata Kunci: andaian ketidak-terhadan
kehendak manusia (KTKM); tasawur Islam
24
ANALISIS DARURIYYAT
AL-KHAMS DALAM PRINSIP PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM (PBI)
Norashikin Ahmad
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel:017-9257072
Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan
menganalisis daruriyyat al-khams dalam prinsip pembangunan berteraskan Islam
(PBI). Daruriyyat al-khams adalah perkara asas yang mesti wujud untuk menjamin
kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Ia terdiri daripada lima elemen
iaitu menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Ia digunakan sebagai
pengukur dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, perundangan Islam dan
sebagainya. Manakala prinsip PBI pula merupakan tunjang kepada pembangunan
berteraskan Islam. Prinsip PBI di sini merujuk kepada tujuh prinsip yang dibina
oleh Muhammad Syukri Salleh. Setakat ini, ia hanya digunakan dalam bidang pembangunan
sahaja. Persoalannya, tidak bolehkah digunakan aspek-aspek lain selain elemen
daruriyyat al-khams? Benarkah prinsip PBI dibina dengan mengambil kira elemen
daruriyyat al-khams? Bagi menjawab persoalan tersebut, kertas kerja ini
memfokuskan perbincangan kepada dua perkara utama. Pertama, mengenal pasti
daruriyyat al-khams; dan kedua, menganalisis daruriyyat al-khams dalam prinsip
PBI. Bagi mencapai objektif-objektif ini, kajian kualitataif ini menggunakan
kaedah kepustakaan. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhir
sekali, dapatan daripada analisis ini membawa rumusan bahawa terdapat aspek
lain selain elemen daruriyyat al-khams yang boleh digunakan dalam pelbagai
bidang iaitu prinsip PBI. Hal ini kerana prinsip PBI dibina berasaskan
daruriyyat al-khams.
Kata Kunci: Analisis, Daruriyyat al-Khams, Prinsip PBI
25
TAHAP PENERIMAAN SKIM
AR-RAHNU OLEH USAHAWAN KECIL MUSLIM DI KELANTAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR
INTRINSIK
Salimah Yahaya
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 013-4174267
Artikel ini bertujuan untuk
menganalisis tahap penerimaan usahawan kecil Muslim di Kelantan terhadap Skim
Ar-Rahnu. Seramai 350 responden telah dipilih secara persampelan yang terdiri
daripada usahawan kecil Muslim di Negeri Kelantan. Set soal selidik mengandungi
7 item berkaitan dengan latar belakang responden serta 16 item berkenaan
faktor-faktor intrinsik yang mempengaruhi penerimaan usahawan kecil terhadap
Skim Ar-Rahnu. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui
nilai peratusan dan min dengan menggunakan perisian “Statistical Package For
Social Sciences” (SPSS) versi 21.0. Secara keseluruhan, usahawan kecil di Kelantan
memberikan penerimaan yang positif terhadap Skim Ar-Rahnu berdasarkan nilai min
yang tinggi bagi setiap item.
Kata Kunci: Pajak Gadai Islam
(Ar-Rahnu), usahawan, Kelantan
26
PEMIKIRAN EKONOMI
ISLAM TUAN GURU DATO' NIK AZIZ BIN NIK MAT
Nurul Syahidah Roslan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang
Tel: 0136357579
Kertas kerja ini bertujuan untuk
menyorot pemikiran ekonomi Islam Nik Aziz sepanjang pentadbiran beliau sebagai
menteri besar Kelantan dari tahun 1990 hingga 2013. Kajian ini dapat memberikan
gambaran mengenai dasar-dasar ekonomi Nik Aziz sebagai manifestasi kejayaan
seorang ulama yang memimpin tanpa memisahkan aspek pembangunan fizikal dan
rohani. Jadi secara mudahnya kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian
utama. Pertama ialah mengenal pasti falsafah dan pemikiran ekonomi Nik Aziz
melalui dasar yang dilakukan dari aspek pembangunan ekonomi Islam di Negeri
Kelantan. Kedua, menganalisis implikasi dasar yang telah diaplikasikan di
Negeri Kelantan sepanjang pemerintahan Nik Aziz. Reka bentuk kajian kertas
kerja ini adalah berbentuk deskriptif yang berorientasikan kajian kepustakaan
dengan menggunakan data-data sekunder, temu bual dan pemerhatian ikut serta.
Hasil kajian mendapati pemikiran ekonomi dan dasar yang diperkenalkan oleh Nik
Aziz telah menjana pembangunan ekonomi yang lebih baik walaupun tanpa
mengamalkan riba dan rasuah. Kajian ini sangat penting kerana ia membuktikan
bahawa pentadbiran menggunakan sistem ekonomi Islam itu adalah lebih baik
berbanding sistem ekonomi lazim.
Kata kunci: Pemikiran, Ekonomi Islam, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz
27
PEMBANGUNAN LESTARI
DARI PERSPEKTIF ISLAM: ANALISIS PANDANGAN SARJANA
Ahmad Nazrul Alif
Yahya
Pusat kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
nazrul_alif@ymail.com
Kertas kerja ini bertujuan
membincangkan pembangunan lestari dari perspektif Islam. Pembangunan lestari
secara umum ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan
bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar
tanpa menjejaskan keperluan bagi generasi seterusnya. Pembangunan lestari
sangat mendapat perhatian dalam disiplin pembangunan termasuk dalam kalangan
negara-negara Islam. Persoalannya, apakah perspektif Islam terhadap pembangunan
lestari ini? Bagi mencapai tujuan tersebut, perbincangan dalam kertas kerja ini
dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, mengenal pasti pandangan sarjana
terhadap pembangunan lestari dari perspektif Islam. Kedua menganalisis dan
merumuskan pandangan para sarjana terhadap pembangunan lestari dari perspektif
Islam. Analisis ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis
kandungan. Penelitian mendapati bahawa pembangunan lestari dari perspektif
Islam lebih luas berbanding pembangunan lestari yang lazim. Pembangunan lestari
dari perspektif Islam ini merangkumi epistemologi dan tasawur Islam yang
mempunyai acuan pembangunannya yang tersendiri melibatkan aspek fizikal, akhlak
dan rohani.
Kata kunci: Pembangunan lestari, perspektif Islam
28
PERANAN WANITA DALAM
KETENTERAAN: ANALISIS KISAH-KISAH TERPILIH DALAM KITAB RAHIQ AL-MAKHTUM
Yusma Fariza Yasin
Islamic Development Management Studies
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 019 97993978
Di Malaysia, penyertaan tentera wanita
secara rasmi dalam tentera darat adalah bermula pada awal tahun 1964.
Penyertaan ini telah menjadi titik tolak penglibatan wanita dalam
perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti tentera laut, dan udara. Sepanjang
penglibatan wanita dalam perkhidmatan ini, mereka dibebani tugas-tugas berat
serta memegang jawatan-jawatan tinggi dalam ketenteraan. Hal ini berbeza dengan
peranan wanita yang terlibat dalam ketenteraan berdasarkan kitab sirah Rahiq
al-Makhtum. Persoalannya, apakah peranan wanita dalam ketenteraan berdasarkan
kitab sirah Rahiq al-Makhtum tersebut? Adakah mereka turut berada di barisan
hadapan dalam peperangan dan memegang jawatan-jawatan tinggi dalam
ketenteraan?Justeru, kajian ini dilakukan bagi mencapai dua objektif. Pertama,
mengenal pasti kisah-kisah terpilih berkaitan peranan wanita dalam ketenteraan
dalam kitab Rahiq al-Makhtum; dan kedua, menganalisis peranan wanita dalam
ketenteraan berdasarkan kisah-kisah terpilih itu. Kajian penerokaan ini hanya
menggunakan data sekunder. Data yang dikumpul ini seterusnya dianalisis
menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya kajian ini mendapati peranan
wanita dalam ketenteraan berdasarkan kisah-kisah terpilih dalam kitab Rahiq
al-Makhtum menjadi pembantu tentera dengan memberi air minuman, mengubati luka
tentera, menjadi tentera simpanan dalam peperangan, menjadi pendorong
perjuangan serta melindungi Rasulullah SAW. Meskipun pada zaman Rasulullah SAW
wanita tidak memegang jawatan tinggi dalam ketenteraan, namun perkara ini tidak
dilarang bagi wanita untuk memangku jawatan-jawatan tinggi tersebut asalkan dapat
menjaga agama dan budaya.
Kata kunci: peranan, wanita, ketenteraan, kisah-kisah
29
PRINSIP-PRINSIP ISLAM
HADHARI DI MALAYSIA: SATU KAJIAN PERBANDINGAN
Noor Adilah Aminuddin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0145067291
Islam Hadhari telah diperkenalkan di
Malaysia pada tahun 2004 sebagai salah satu pendekatan pembangunan berteraskan
Islam yang mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri. Walau bagaimanapun, pada
peringkat formatifnya, prinsip-prinsip Islam Hadhari ini berbeza antara
institusi-institusi yang mempromosikan Islam Hadhari. Jabatan Perdana Menteri
misalnya mempunyai 10 prinsip, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
mempunyai enam prinsip Islam Hadhari. Kerajaan Negeri Terengganu pula mempunyai
lapan prinsip, dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Prinsip-prinsip
ini bertindih antara satu sama lain. Kenapakah prinsip-prinsip ini berbeza dan
bertindih antara satu sama lain sedangkan mereka semuanya merupakan
institusi-institusi kerajaan? Kertas kerja ini berhasrat menganalisis
faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan dan pertindihan prinsip-prinsip Islam
Hadhari empat institusi ini. Berasaskan kepada kaedah kajian kepustakaan,
kertas kerja ini mendapati bahawa perbezaan prinsip yang berlaku adalah
disebabkan ketiadaan dokumen rasmi mengenai Islam Hadhari. Selain itu, pada
peringkat formatif ini, keselarasan dalam jawatankuasa Islam Hadhari juga tiada.
Kata Kunci: Prinsip pembangunan
berteraskan Islam, prinsip-prinsip Islam Hadhari
30
KAEDAH PENENTUAN KESAHAN
DATA BERDASARKAN KONSEP MUTAWATIR DALAM DISIPLIN ILMU QIRA’AT
Nur Sakiinah Ab Aziz
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Kertas
kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti kaedah penentuan
kesahan data penyelidikan lazim. Kedua, menganalisis kaedah penentuan kesahan
data penyelidikan lazim berdasarkan konsep mutawatir dalam
Ilmu Qira’at. Konsep mutawatir
merupakan antara kaedah terpenting dalam Ilmu Qira’at
bagi menentukan kesahihan sesuatu qira’at.
Sesuatu qira’at yang
tidak memenuhi syarat-syarat yang terdapat dalam konsep mutawatir
ini tidak boleh dianggap sebagai qira’at mutawatirat. Jika syarat-syarat
tersebut tidak ditepati, maka sesuatu qira’at
tersebut ditolak dan tidak dikira sebagai salah satu bacaan al-Qur’an.
Berdasarkan ketelitian konsep mutawatir ini, ia dilihat boleh
digunakan untuk menentukan kesahan data penyelidikan. Justeru, terdapat dua
persoalan yag timbul iaitu apakah kelemahan yang terdapat dalam kaedah penentu
kesahan data penyelidikan lazim? Adakah sesuai konsep mutawatir
menjadi salah satu kaedah penentuan kesahan data penyelidikan? Bagi menjawab
kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini menggunakan kaedah perpustakaan dan
analisis kandungan. Berdasarkan tujuan dan persoalan yang dikemukakan,
dirumuskan bahawa elemen-elemen yang terdapat dalam konsep mutawatir seperti keperluan bilangan
perawi dan sifat-sifat perawi membolehkan konsep mutawatir sesuai dijadikan sebagai
salah satu kaedah penentuan kesahan data.
Kata
kunci: kesahan data, mutawatir, qira’at, kaedah,
penyelidikan berteraskan Islam
31
AMALAN PENGILANGAN ISLAM (IMP) DALAM
PEMBUATAN PRODUK MAKANAN BERASASKAN MAKANAN SUNNAH
Nur Farhanim Mustaffa
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.
farhanim07@gmail.com
Kesedaran
penjagaan kesihatan dalam kalangan pengguna Malaysia telah meningkat baru-baru
ini berikutan lambakan produk makanan tambahan di pasaran baik melalui laman
sesawang mahupun di premis-premis jualan. Selain itu, wujud juga produk makanan
kesihatan yang berasaskan makanan sunnah seperti habbatus sauda, kismis, madu
dan tamar yang dicampur dalam produk makanan tambahan. Sebagai orang Islam,
makanan sunnah merupakan makanan terbaik yang menjadi kegemaran Nabi Muhammad
SAW dan terbukti mempunyai banyak khasiat. Walau bagaimanapun, timbul persoalan
bagaimanakah proses pembuatan produk makanan sunnah ini dijalankan? Ini kerana
walaupun makanan sunnah merupakan makanan yang sudah terjamin halal, pengguna
masih mempersoalkan cara pembuatan produk makanan sunnah kerana mengkhuatiri
kehadiran produk yang hanya menggunakan agama sebagai taktik pemasaran. Kertas
kerja ini ditulis bagi menilai konsep dan
aplikasi IMP dalam proses pembuatan produk makanan sunnah yang digunakan dalam
beberapa syarikat perusahaan makanan sunnah. IMP merupakan satu-satunya garis
panduan pengilangan Islam yang mengambil kira konsep rohaniah Islam dalam
proses pembuatan sesuatan produk. Oleh itu, kertas kerja ini menilai aplikasi
amalan IMP ini dalam pembuatan makanan sunnah. Kertas kerja ini menggunakan
kaedah temubual dan pemerhatian terhadap beberapa perusahaan makanan sunnah
terpilih di sekitar kawasan Selangor dan dianalisis menggunakan kaedah analisis
deskriptif. Dapatan menjangkakan kebanyakan pengusaha syarikat makanan berasaskan
makanan sunnah menggunakan proses pembuatan berdasarkan garis panduan IMP
sebagai panduan utama. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pengusaha
yang turut menggunakan garis panduan JAKIM dan lain-lain sebagai garis panduan
kedua di samping IMP. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, cadangan yang boleh
dibuat sebagai penambahbaikan adalah dengan meningkatkan kefahaman pengusaha
syarikat makanan sunnah terhadap kepentingan proses pembuatan makanan sunnah
agar dapat memastikan pengguna mendapat khasiat sebenar produk makanan yang
diambil. Hal ini penting bagi mengelakkan berlakunya penipuan perniagaan yang
menggunakan agama sebagai alat pelaris perniagaan disamping membantu peniaga
menyampaikan hasrat memudahkan amalan pemakanan sunnah kepada pengguna.
Kata kunci: Makanan sunnah,
Pengguna Islam, Makanan tambahan kesihatan, Produk makanan sunnah, Amalan
Pengilangan Islam
32
REALIZING ‘KEDAH PROSPERS,
BENEFITS FOR ALL’ IN KEDAH PAS-LED GOVERNMENT (2008 TO 2013): THE ECONOMIC
CHALLENGES
Amidst the long-rooted Barisan Nasional (BN)
ruling in the Kedah state, the victory was in opposition’s hand in March 2008.
‘Kedah Prospers, Benefits for All’ (KPBA) slogan was introduced when the Pan
Malaysian Islamic Party (PAS) led opposition coalition gained Kedah in March
2008 and ended when it lost the state to BN in May 2013. This paper attempts to
describe the economic challenges that Kedah PAS-led government (2008-2013)
faced in realizing KPBA. Is KPBA good for the economic wellbeing of the state?
Will KPBA successfully attract more investments to Kedah and subsequently
increase the income of the state? From library research and in-depth interviews
that were carried out, this paper found that the economic challenges were
fairly addressed through KPBA despite Kedah PAS-led government managed to rule
the state only for a term.
Keyword PAS, Islam, Malaysian politics,
Malaysian general election
33
PANDUAN MAQASID
SYARIAH DALAM PENGURUSAN HARTA
Siti Fatimah Dato'
Wira Muhamad Nor
Kuliyyah Muamalat
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Tel: 012-5353080
Kertas kerja ini membincangkan maqasid
(objektif) pengurusan harta dalam Islam, strategi pengukuhan, pengembangan dan
pengawalan harta bagi menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat
Islam khususnya.
Kata Kunci: Maqasid syariah, pengurusan harta
34
APLIKASI KAEDAH AL-ḤADĪTH
AL-MAWḌŪ‘IY DALAM KAJIAN TASAWUR PEMBANGUNAN
BERTERASKAN ISLAM
Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
11800
Pulau Pinang
Tel:
04-6532910 Faks: 04-6532124
&
Pusat
Penataran Ilmu
Universiti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus
Gong Badak
21300
Kuala Terengganu
Tel:
09-6688776 Faks: 09-6687861
E-mail:
wk_aiman@yahoo.com / wkhairulaiman@unisza.edu.my
Kertas kerja ini bertujuan
mengenal pasti dan menganalisis kaedah al-Ḥadīth al-Mawḍū‘iy untuk diaplikasikan dalam
kajian tasawur pembangunan berteraskan Islam (PBI). Kaedah al-Ḥadīth
al-Mawḍū‘iy ini merupakan satu
pendekatan tematik yang mengenal pasti, menghimpunkan dan menganalisis
hadith-hadith yang berkaitan dengan sesuatu tajuk yang telah ditetapkan. Dalam
kajian tasawur PBI, hadith-hadith yang berkaitan dengannya tidak disebut secara
langsung, malah ia berada secara terpisah-pisah dan bertaburan dalam Kitab Ṣaḥīḥ
al-Bukhāriy. Persoalannya, apakah
pendekatan yang paling relevan untuk digunakan bagi mengenal pasti dan
menganalisis hadith-hadith yang berkaitan dengan tasawur PBI sebegini? Bagi
menjawab persoalan ini, kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal
pasti konsep kaedah al-Ḥadīth al-Mawḍū‘iy; dan kedua, menganalisis
dan merumuskan pengaplikasian kaedah al-Ḥadīth al-Mawḍū‘iy dalam
kajian tasawur PBI. Kajian kepustakaan ini menggunakan kaedah analisis
kandungan untuk menganalisis semua data yang dikumpul. Hasil kajian ini
mendapati kaedah al-Ḥadīth al-Mawḍū‘iy ini mempunyai dua
peringkat utama. Pertama, peringkat persediaan dan pengumpulan hadith; dan
kedua, peringkat analisis. Dengan kaedah dan pendekatan ini, ia dilihat paling
sesuai untuk digunakan dalam kajian tasawur PBI kerana dua perkara. Pertama,
kaedah al-Ḥadīth al-Mawḍū‘iy
sesuai
untuk kajian sebegini kerana hadith merupakan wahyu matluw dan sumber
kedua Islam selepas al-Qur’an; dan kedua, ia berfungsi untuk mengenal pasti,
mengumpul dan menganalisis hadith-hadith tasawur PBI sesuai dengan keperluan
semasa.
Kata
Kunci: al-Ḥadīth
al-Mawḍū‘iy, Pembangunan, Tasawur Pembangunan
35
ISLAMIC-BASED
RELATIONSHIP MARKETING IN TAKAFUL COMPANIES:
A PILOT STUDY
Murni Yusoff
Centre
for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
Penang,
Malaysia
Takaful (Islamic Insurance)
industry provides professional services and intangible products with long-term
engagement between participants and Takaful companies. Relationship
marketing (RM) is pertinent to be practised in the industry as building and
maintaining relationships are playing a pivotal role in Takaful
business. This paper focuses on RM practices in Takaful companies in
Malaysia with two objectives. The first objective is to investigate the current
RM practice performed by Takaful agents in Takaful companies. The
second objective is to ensure the appropriateness of Islamic-Based Relationship
marketing (IBRM) conceptual framework developed for Takaful companies in
Malaysia based on the identified practice. In achieving those objectives, this
paper uses qualitative data through conducting interviews as a pilot study. The
methodology used is Content Analysis. The findings show the RM practised is
based on underlying Islamic values and IBRM developed need to be enhanced with
feedback from group of experts from various backgrounds and supported with
fieldwork in discovering the real practice among Takaful agents in the
industry.
36
MANAGING WAQF THROUGH
CORPORATIZATION STRATEGY: A CASE OF MALAYSIA
Mohamad Salleh
Abdullah
Centre for Islamic Development
Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 012-4169006
This paper has two purposes. First, it
intends to analyze the scenario of corporatization strategies in the management
of awqaf in all 14 states in Malaysia. Second, from the questionnaires, it will
discuss and analyze more closely the position, layout, organization chart and
operating aspects of corporatization implemented. For the first objective,
questionnaires will be used to collect primary data and information from all
State Islamic Religious Council (SIRC). For the second objective, an in-depth
interviews will be held using semi-structured questions with top management of
companies that have been corporatized. Results found two key findings of the
analysis. First, from the 14 states, no state have been identified implemented
the waqf corporatization strategy in full. Second, three other states
identified implemented only a fraction of the component corporatization
strategies discussed. Third, the analysis found that the layout, organization
chart and operating procedure of each corporatization in every state is
different from one another.
Keyword: Waqf, Management of Waqf, Waqf Corporatization
37
KEPELBAGAIAN
INSTRUMEN WAKAF UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA: SATU SOROTAN
Ahmad Shaifful Anuar
Ahmad Shukor
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 011-24095505
Perkembangan pendidikan tinggi di
Malaysia semakin berkembang dengan pesatnya berdasarkan kepada pertambahan
bilangan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS). Pertambahan ini mendorong pelbagai pihak bekerjasama bagi
merangka dasar serta strategi yang mantap agar IPT lebih berdaya saing dan
kompetitif. Walaupun begitu, faktor dana merupakan salah satu kekangan yang
terpaksa dihadapi oleh pihak IPT. Bagi mengatasi permasalahan ini, terdapat IPT
yang mengambil inisiatif dengan melaksanakan wakaf pendidikan tinggi di
institusi terbabit. Berlatar-belakangkan senario tersebut, kertas kerja ini
ditulis dengan matlamat untuk mencapai dua tujuan. Pertama, mengenal pasti
perkembangan wakaf pendidikan tinggi yang telah dilaksanakan di IPT Malaysia.
Kedua, mengenal pasti kepelbagaian wakaf yang boleh dilaksanakan bagi tujuan
pendidikan tinggi. Kajian ini berbentuk penerokaan dan data yang digunakan
diperoleh daripada kajian perpustakaan. Justeru, dapatan kajian ini akan
memperkembangkan teori berkaitan kepelbagaian instrumen wakaf yang dapat dilaksanakan
untuk tujuan pendidikan tinggi Malaysia.
Kata kunci: Instrumen Wakaf, Wakaf Pendidikan Tinggi
38
PENGURUSAN INSAN DARIPADA
PANDANGAN CENDEKIAWAN ISLAM KONTEMPORARI
Lenny Luat
Email Address: lennykristinie@yahoo.com.my
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0134338680
Kertas kerja ini bertujuan meneliti pengurusan
insan dari pandangan cendekiawan Islam kontemporari. Terdapat banyak
perbincangan para cendekiawan Islam kontemporari berkaitan pengurusan insan
pada masa kini. Persoalannya, bagaimanakah pandangan cendekiawan Islam
kontemporari tentang pengurusan insan pada masa kini? Apakah elemen-elemen
pengurusan insan yang diberikan penekanan oleh cendekiawan Islam kontemporari
masa kini? Kertas kerja ini akan menjawab persoalan yang dikemukakan tersebut.
Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut, kertas kerja ini menumpukan kepada
analisis konseptual dengan menggunakan pengumpulan data sekunder dan kaedah
analisis kandungan. Akhir sekali, kertas kerja ini diharapkan dapat
mengemukakan kerangka konseptual pengurusan insan dalam pembangunan berteraskan
Islam.
Kata Kunci: Pengurusan insan, Konseptual
39
PRINSIP-PRINSIP
NEGARA MAJU (NM) MENURUT AYAT-AYAT TERPILIH DALAM AL-QUR’AN
Mohammad Aisamuddin
Akob
Islamic Development Management (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 013-6513309
Prinsip-prinsip NM adalah berbeza mengikut
perspektif Barat dengan perspektif Islam. Perbezaan tersebut berlaku kerana
berbezanya tasawur dan epistemologi di antara pemikir Barat dengan pemikir
Islam. Pemikir Barat berasaskan sumber selain al-Qur’an, hadith, ijmak dan
qias, manakala pemikir Islam berasaskan empat sumber tersebut. Bagi mendapatkan
prinsip-prinsip sebenar NM menurut Islam, untuk lebih khusus maka dalam kertas
kerja ini hanya dilakukan dengan menganalisis prinsip-prinsip negara maju
berasaskan ayat-ayat al-Qur’an yang terpilih. Kertas kerja ini menggunakan
kajian kepustakaan bagi mendapatkan data-data sekunder. Data-data yang
diperolehi tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan.
Hasilnya, terdapat enam prinsip yang dihasilakn berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an
terpilih. Pertama, hubungan Pencipta dengan makhluk; kedua, musyawarah; ketiga,
perdamaian dan persaudaraan; keempat, ketaatan dan kepatuhan; kelima,
melaksanakan setiap ibadah disyariatkan Islam; dan keenam; keadilan dan
keamanan.
Kata kunci: Prinsip Negara Maju, Negara Maju Menurut Al-Qur’an
40
THE DEVELOPMENT OF
HEALTHCARE WAQF AND ITS POTENTIAL IN MALAYSIA
Farhat Nazirul Mubin
Bohari
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Health is crucial for a country's
development and vice versa. It is a two way relationship where the healthy
citizen as the developer will bring the country into development and the
development will help the citizen to improve their health state through the
healthcare facilities. However, there are many financial restrictions that
prevented citizen from receiving a good medical treatment. Waqf has been
identified to have the capability to solve the matter. Hence, the objective of
this paperwork is to identify the development of healthcare waqf in Malaysia
and to conclude the potential of healthcare waqf in Malaysia. This paperwork is
an exploratory research which uses the method of content analysis from primary
data obtained from the interviews made with the experts. The findings of this
paperwork show that healthcare waqf in Malaysia has a big potential as there
are many elements that can be improved in the development of healthcare waqf.
Also, this paperwork is able to improve the knowledge and theory of waqf
application in healthcare sector in Malaysia.
Keyword: waqf development, waqf potential, healthcare waqf Malaysia
41
KELESTARIAN
UNDANG-UNDANG DAN ENAKMEN WAKAF DALAM URUS TADBIR HARTA WAKAF: SATU SOROTAN
Sakinatul Raadiyah
Abdullah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sais Malaysia
Tel: 0199132551
Undang-undang dan Enakmen-enakmen
Pentadbiran Agama Islam yang digubal oleh setiap negeri dengan jelas
memperuntukkan bahawa hak mutlak untuk mengurus dan mentadbir harta wakaf
terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Negeri-negeri. Hampir semua negeri
telah menggubal Enakmen Wakaf mereka sendiri sebagai asas perundangan untuk
mengurus dan mentadbir harta wakaf secara menyeluruh. Namun,
kebanyakan Enakmen Wakaf yang telah digubal oleh negeri-negeri bermula
sekitar tahun 90-an dan tahun 2000, kecuali beberapa buah negeri seperti Johor
(1978), Pulau Pinang (1959) dan Kedah (1962) yang sudahpun mempunyai enakmennya
lebih awal daripada tahun tersebut. Persoalannya, adakah undang-undang dan
enakmen-enakmen yang digunakan dalam urus tadbir pentadbiran wakaf di
setiap negeri mempunyai keseragaman dalam pengurusan harta wakaf? Justeru,
kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kandungan undang-undang dan
enakmen-enakmen yang digunakan dalam urus tadbir wakaf di negeri-negeri
Malaysia. Kedua, menganalisis kandungan undang-undang dan enakmen wakaf yang
digunakan dalam pengurusan wakaf di setiap negeri di Malaysia dalam
mewujudkan keseragaman kaedah pengurusan harta wakaf. Analisis dilakukan dengan
meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel.
Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan
analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Akhirnya, kajian ini
mendapati undang-undang dan enakmen-enakmen berkaitan pengurusan wakaf perlu
diseragamkan dengan satu rang undang-undang yang lebih efektif bagi memastikan
pengurusan harta wakaf di Malaysia lebih efisien walaupun urus tadbir terpisah
dan berbeza kerana mengikut pengurusan Majlis Agama Islam Negeri.
42
KAEDAH PEMBANGUNAN
HARTANAH WAKAF DAN KESANNYA DI MALAYSIA: SATU SOROTAN
Surita Hartini Mat
Hassan
Pusat Kajian Pengurusan Pbangunan Islam
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0195796877
Pembangunan harta wakaf terutamanya
tanah di Malaysia telah memperlihatkan sedikit kemajuan. Pelaksanaan pelbagai
kaedah telah sedikit sebanyak mengurangkan bebanan dan masalah yang dihadapi
oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) melalui penjanaan dana dan penciptaan
aset baru wakaf. Antara kaedah yang paling menampakkan kejayaan adalah kaedah
pelaburan hartanah wakaf. Namun begitu, hanya sebahagian MAIN sahaja yang
memperlihatkan kesungguhan dalam membangunkan harta wakaf menggunakan kaedah
ini. Antara negeri yang agak ke depan dalam melaburkan hartanah wakaf adalah
negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan
Kedah. Keadaan ini memperlihatkan Malaysia masih gagal membangunkan harta wakaf
secara menyeluruh. Berlatar belakangkan senario inilah kajian ini di lakukan
untuk mencapai dua matlamat. Pertama untuk mengenalpasti kaedah-kaedah
pembangunan harta wakaf iaitu tanah yang telah dilaksanakan di Malaysia. Kedua,
menganalisis kesan pelaksanaan kaedah tersebut terhadap kelestarian manfaat
harta wakaf. Kajian ini mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara
kepustakaan melalui kajian-kajian lepas, majalah, surat khabar dan sebagainya.
Analisis data pula menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian ini membuktikan
terdapat pelbagai kaedah yang telah dilaksanakan di Malaysia dalam usaha
membangunkan harta wakaf di Malaysia yang memberi kesan positif dan negatif
terhadap manfaat harta wakaf. Dalam pada itu, kajian ini juga akan merumuskan
kaedah yang terbaik untuk dilaksanakan bagi menjamin kelestarian manfaat harta
wakaf.
Kata Kunci: kaedah pembangunan, hartanah wakaf
43
PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA MUALAF OLEH
INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA
Nur Fara Hana
Abdullah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Golongan mualaf merupakan asnaf yang
layak menerima zakat sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. Justeru, kajian
ini akan mengenal pasti skim-skim bantuan zakat yang disediakan oleh institusi
zakat di Malaysia kepada mualaf. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis
skim-skim yang disediakan termasuk isu-isu yang dihadapi dalam perlaksanaan
skim tersebut melalui kajian kepustakaan. Terdapat banyak skim bantuan zakat
yang disediakan oleh Pusat Zakat Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri sama ada
secara umum atau terperinci. Skim-skim tersebut memfokuskan kepada bantuan
sosial, ekonomi, kebajikan, pendidikan dan dakwah. Isu utama berkaitan
perlaksanaa skim ini adalah kurangnya pengetahuan mualaf terhadap skim-skim
yang disediakan disebabkan oleh penyampaian maklumat yang kurang berkesan.
Implikasi daripada kajian ini dapat membantu institusi zakat dalam memantapkan
pengurusan agihan zakat kepada mualaf dan penyampaian maklumat tentang skim
bantuan yang lebih efektif dan berkesan sebagai wadah terbaik untuk membuktikan
kesempurnaan pengagihan zakat berdasarkan syariat Islam.
Kata kunci: Mualaf, Skim, Bantuan,
Zakat
44
POLITIK PEMBANGUNAN
INDUSTRI HALAL PULAU PINANG
Intan Nursyuhada Muhamad
Nasir
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
Emel:
intan_nursyuhada@yahoo.com
Pulau Pinang merupakan
negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) dan diketuai oleh Lim Guan Eng
sebagai Ketua Menteri dan juga Penasihat Penang
International Halal Hub (PIHH). Industri Halal Pulau Pinang dilihat semakin
berkembang dari peringkat nasional sehingga ke peringkat antarabangsa. Walaupun
peratusan bangsa Cina tinggi berbanding bangsa Melayu, namun pembangunan hab
halal antarabangsa di Pulau Pinang adalah yang termaju berdasarkan kepada
permintaan pengguna global yang semakin meningkat (DagangHalal.com, t.t.).
Walaupun begitu, masih terdapat pelbagai isu halal di Pulau Pinang seperti
penipuan sijil dan logo halal, premis pengendalian makanan yang kotor dan tiada
pengesahan halal. Oleh yang demikian, adakah pembangunan industri halal Pulau
Pinang berkait rapat dengan politik? Apakah peranan politik dalam membangunkan
industri halal Pulau Pinang? Daripada persoalan-persoalan tersebut, maka kertas
kerja ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis politik pembangunan
industri halal di Pulau Pinang. Bagi mencapai objektif tersebut, maka ia
dilakukan dengan menggunakan kajian kepustakaan dan analisis kandungan.
Hasilnya, politik didapati mampu mempengaruhi pembangunan industri halal di
Pulau Pinang dalam menentukan sama ada terus membangun atau sebaliknya.
Kehendak politik (political will),
latar belakang kepimpinan, dan hubungan kerjasama pada peringkat nasional dan
antarabangsa didapati menjadi pendorong penting dalam pembangunan industri
halal Pulau Pinang.
Kata kunci: Politik, Pembangunan, Industri Halal, Pulau
Pinang
45
KAJIAN HUBUNGAN PROMOSI
TERHADAP PEMILIHAN PRODUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN MUSYARAKAH MUTANAQISAH (MM)
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0166769051
Di Malaysia, konsep pembiayaan perumahan MM
telah mula ditawarkan bermula pada tahun 2005. Namun begitu perkembangan
produk pembiayaan perumahan MM agak lambat dari tahun 2005 hingga 2014
berbanding dengan produk lain seperti produk pembiayaan perumahan Bai Bithamin
Ajil (BBA). Isunya, adakah kelambatan ini disebabkan masyarakat masih tidak
mengetahui mengenai kewujudan produk pembiayaan perumahan MM ini? Adakah kurang
pengetahuan masyarakat disebabkan oleh kurangnya promosi MM dari pihak bank?
Pihak bank pula tidak berminat untuk menawarkan produk MM sebagai produk
pembiayaan perumahan yang utama manakala kurangnya promosi MM dari pihak bank
merupakan salah satu faktor yang dikenalpasti mempengaruhi kelambatan
perkembangan produk pembiayaan perumahan MM berbanding dengan produk pembiayaan
lain. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji hubungan
promosi dengan pemilihan produk pembiayaan perumahan MM. Kajian tertumpu kepada
responden yang dipilih dalam kalangan pelanggan produk pembiayaan perumahan MM
di Pulau Pinang. Objektif kajian pertama adalah mengenal pasti elemen-elemen
promosi iaitu elemen peribadi dan elemen bukan peribadi. Objektif kajian kedua
adalah menganalisis hubungan elemen-elemen promosi terhadap pemilihan produk
pembiayaan perumahan MM manakala objektif kajian ketiga merumuskan hasil
dapatan kajian. Hasil dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk min.
Kesimpulannya, terdapat hubungan yang kuat antara elemen-elemen promosi dengan
pemilihan produk pembiayaan perumahan MM
Kata Kunci: Musyarakah Mutanaqisah (MM), Promosi
46
ISU-ISU
DISEBALIK PENUBUHAN PERBANKAN SYARI’AH DI INDONESIA:
SATU
TINJAUAN SEJARAH
Mutiara
Dwi Sari
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia,
Tahap pengajian: Ijazah Doktor Falsafah
Indonesia adalah
negara kepulauan terbesar di dunia dengan jumlah
penduduk sekitar 237 juta jiwa. Daripada jumlah tersebut 87 peratus atau sekitar 204 juta jiwa adalah
Muslim dan menjadikan Indonesia sebagai negara berpenduduk Muslim
terbesar di dunia. Meskipun
demikian Indonesia
bukanlah sebuah negara Islam tetapi negara yang mempunyai ideologi Pancasila
dan secara asasnya menunjukkan ciri sebuah negara sekular dengan sistem
kewangan negara yang sepenuhnya kapitalis. Oleh itu penubuhan perbankan
syari’ah di negara ini memerlukan perjuangan yang berat dan penubuhannya
dikatakan agak terlambat berbanding negara dengan majoriti penduduk Muslim
lainnya. Apakah yang menyebabkan terlambatnya penubuhan perbankan syari’ah di
Indonesia? Apakah yang menjadi isu dan masalah-masalah disebalik penubuhan
perbankan syari’ah di Indonesia? Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal
pasti isu dan masalah disebalik penubuhan perbankan syari’ah dan bagaimanakah
isu tersebut diselesaikan sehingga perbankan syari’ah berjaya ditubuhkan.
Sejarah perjuangan penubuhan perbankan syari’ah di Indonesia, siapakah dan
kumpulan manakah yang berperanan penting dalam usaha menubuhkan perbankan
syari’ah di Indonesia juga akan dikemukakan. Kajian ini merupakan kajian arkib
sejarah dengan data sekunder yang dianalisis dengan analisis kandungan. Hasil
kajian mendapati bahawa isu politik, tiada sokongan kerajaan, isu undang-undang, masalah
sosial masyarakat, masalah ekonomi (kurangnya modal) dan perdebatan dalam kalangan ulama tentang hukum
halal-haramnya faedah bank konvensional merupakan isu dan
masalah yang melambatkan penubuhan
perbankan syari’ah di Indonesia. Penubuhan perbankan syari’ah di Indonesia merupakan sebuah
perjuangan yang panjang dan dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama, dimulai
pada tahun 1930-an iaitu fasa bermulanya pemikiran tentang penubuhan bank
Syari’ah . Fasa kedua bermula pada tahun
1980-an iaitu fasa para ulama dan cendekiawan Muslim Indonesia kembali mengemukakan pemikiran tentang penubuhan perbankan syari’ah. Fasa ketiga
yakni dikatakan satu fasa yang berlaku pada tahun 1990 an - 2000 merupakan
fasa awal penubuhan dan pematangan konsep perbankan syari’ah di
Indonesia. Pada masa inilah
bank syari’ah
di Indonesia pertama
iaitu Bank Muamalat Indonesia (BMI) berdiri
dan menjadi trademark bagi kebangkitan ekonomi Islam di Indonesia.
Kata Kunci:
Indonesia, perbankan syari’ah, isu-isu
dan sejarah
47
ACUAN
PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM: DARIPADA TASAWUR JAHILIAH KEPADA TASAWUR ISLAM
Mohd Haidzir Auzir
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
11800
Pulau Pinang
Tel:
04-6534603 (Pej.) 016-4066399 (HP) Faks: 04-6532124
E-mail:
alyhyder@ymail.com
Dalam
membentuk acuan pembangunan berteraskan Islam, ada sesetengah pihak mendakwa
bahawa acuannya adalah gabungan antara falsafah dan teori-teori pembangunan
lazim dengan prinsip syariat Islam. Acuan yang digunakan dalam membentuk
pembangunan berteraskan Islam lebih kepada pendekatan akomodatif-modifikasi
dengan sifat eklektisme-metodologik. Oleh itu, antara hujah yang sering
dikemukakan untuk menguatkan dakwaan ini adalah terdapat beberapa amalan
Jahiliah yang diterima dan diamalkan dalam Islam. Persoalannya, adakah acuan
amalan Arab Jahiliah yang diterima pakai dan diamalkan dalam Islam itu
benar-benar menyamai acuan amalan Arab Jahiliah tulen tanpa sebarang perubahan?
Atau adakah ia hanya sekadar menyamai dari segi nama amalan itu sahaja,
sedangkan tasawurnya sudah dirombak dan berbeza? Bagi menjawab kedua-dua
persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal
pasti amalan-amalan Arab Jahiliah yang telah diterima pakai dan diamalkan dalam
Islam. Kedua, menganalisis tasawur amalan-amalan Jahiliah-Islam tersebut.
Kajian kualitatif ini hanya mengunakan data sekundar iaitu kajian-kajian dan
karya-karya tentang acuan pembangunan berteraskan Islam. Semua data ini
dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhirnya kertas kerja ini
mendapati acuan pembangunan berteraskan Islam terbentuk dari tasawur Islam
tulen tanpa ada sebarang percampuran dengan unsur-unsur lain. Justeru, hujah yang digunakan oleh
golongan yang mengharuskan pendekatan akomodatif-modifikasi dengan sifat
eklektisme-metodologik dalam menangani masalah-masalah berkaitan pembangunan
berteraskan Islam itu adalah tidak tepat.
Kata
Kunci: acuan, pembangunan, pembangunan
berteraskan Islam, tasawur, Jahiliah, Jahiliah-Islam
48
MEMBINA ETIKA DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BERASASKAN KONSEP HALAL TAYYIBAN
Rohida Ismail
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Kertas
kerja ini bertujuan meneliti dan mengkaji konsep halal tayyiban sebagai
mekanisma membina etika dalam pengurusan sumber manusia. Isu-isu seperti
boncengan gratis ahli akademik, kenaikan pangkat dengan cara mengampu dan
membodek, ketidakadilan dalam penilaian prestasi dan curi tulang ketika waktu
kerja merupakan masalah berkaitan etika yang jelas dilarang dalam Islam. Bagi
mengatasi masalah ini konsep halal tayyiban digunakan sebagai mekanisme
membentuk etika dalam pengurusan sumber manusia. Kajian ini penting untuk
dilakukan memandangkan halal tayyiban
merupakan satu bentuk pendekatan Islam yang sangat efektif dalam
membentuk etika yang baik dalam pengurusan sumber manusia. Ia juga merupakan
satu tindakan pembentukan amar makruf nahi munkar. Persoalannya, apakah
mekanisma halal tayyiban? Bagaimana pendekatan konsep ini mampu membentuk
etika yang baik dalam pengurusan sumber manusia? Bagi menjawab kedua-dua
persoalan ini, kajian ini menfokuskan perbincangan kepada dua perkara utama.
Pertama, mengenal pasti konsep halal tayyiban. Kedua, menganalisis
mekanisma halal tayyiban dalam membentuk etika pengurusan sumber
manusia. Kajian ini
merupakan kajian kepustakaan. Semua data dianalisis menggunakan kaedah analisis
kandungan. Akhirnya kajian mendapati konsep halal tayyiban dalam
pengurusan sumber manusia sebagai mekanisma membina etika mampu membendung
masalah salah laku etika dalam pengurusan sumber manusia. Ia berlaku melalui
pendidikan dalaman dengan menfokuskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT
sebagai matlamat utama dalam merealisasikan pencapaian organisasi.
Kata
Kunci: Etika, pengurusan, sumber manusia, konsep, halal tayyiban
49
GERAKAN DAKWAH ONLINE: ANALISIS LAMAN WEB ANGKATAN
BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) DAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
Hanis Hazlinda Rozali
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Gerakan
dakwah merupakan satu usaha gerakan untuk membawa dan mengubah sesebuah
masyarakat daripada belenggu kekufuran kepada keimanan, daripada kegelapan kepada
petunjuk Allah SWT dan daripada kesempitan kepada kelapangan, sama ada di dunia
dan di akhirat. Selari dengan perkembangan ICT, banyak gerakan dakwah di
Malaysia seperti Anggatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) mengambil inisiatif
untuk mengembangkan dakwah dengan menggunakan medium ICT dengan sebaiknya.
Kewujudan laman-laman web gerakan dakwah ini dapat memudahkan kumpulan-kumpulan
pendakwah untuk mengembangkan dakwah mereka kepada orang ramai. Persoalannya,
adakah laman web gerakan-gerakan dakwah ini dapat memberi kebaikan dan menarik
minat ramai orang untuk mendalami ilmu agama Islam? Justeru, kajian ini
bertujuan mengenal pasti ciri-ciri laman web ABIM dan PAS. Seterusnya
menganalisis dan merumuskan sama ada laman web ABIM dan PAS memenuhi ciri-ciri
laman web yang ideal ataupun tidak. Bagi
mencapai objektif tersebut, kertas kerja ini menganalisis laman web ABIM dan
PAS berdasarkan ciri-ciri laman web yang ideal ataupun tidak. Kajian ini hanya
mengunakan data sekunder, iaitu berdasarkan kajian-kajian dan karya-karya yang
berkaitan dengan dakwah secara online dan
laman web ABIM dan PAS. Semua data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis
kandungan. Akhirnya, kajian ini mendapati kedua-dua laman web ini menepati
ciri-ciri laman web yang ideal iaitu beroperasi secara aktif, mudah diakses,
kandungan dakwah yang menarik, sentiasa dikemaskini, tidak ada unsur elemen
perniagaan dan iklan, bukan laman web yang berkaitan dengan politik, kandungan
yang tidak memaksa keintelektualan dan laman web yang menarik minat orang ramai
kepada Islam.
Kata kunci: Gerakan, dakwah, online, laman web
50
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MUZAKKI MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN DI
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)
Nur Farhana Mohd Yusoff
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
11800,
Pulau Pinang.
Kewajipan
menunaikan zakat pendapatan dapat dilihat memberi kesan yang signifikan
terhadap peningkatan jumlah kutipan zakat pendapatan di Kelantan. Zakat
pendapatan di sini merujuk kepada zakat
yang dikenakan keatas perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan
bebas. Di Kelantan, ia telah diwajibkan pada 16 Jun 1999 oleh Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Penfatwaan ini sedikit sebanyak
telah memberi kesan kepada peningkatan jumlah kutipan zakat pendapatan di
Kelantan. Misalnya, dari tahun 2001 sehingga tahun 2013, peratusan peningkatan
pungutan zakat meningkat sebanyak 18.55% daripada 5.98%. Persoalannya, apakah
faktor-faktor yang mendorong kepada kepatuhan muzakki membayar zakat pendapatan di MAIK? Justeru, kertas kerja
ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi
kepatuhan pembayaran zakat pendapatan di MAIK. Kajian kualitatif ini
menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada
pengedaran soal selidik kepada responden, manakala data sekunder diperoleh
daripada kajian-kajian dan karya-karya yang berkaitan kepatuhan membayar zakat
pendapatan. Semua data ini dianalisis menggunakan analisis kandungan. Akhirnya
kajian ini mendapati faktor yang mempengaruhi kepatuhan membayar zakat
pendapatan di MAIK ialah faktor sikap iaitu semangat untuk membantu
membangunkan negeri Kelantan.
Kata kunci: faktor, kepatuhan,
membayar, zakat pendapatan, MAIK
51
ELEMEN-ELEMEN MATLAMAT AKHIR PEMBANGUNAN DALAM KITAB JAMI‘ Al-TIRMIDHIY
Kamarul Ariffin Ithnan
Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains
Malaysia,
11800 Pulau
Pinang.
Tel: +6043991119,
+60174999074
Kertas kerja ini
bertujuan mengkaji dan menganalisis elemen-elemen matlamat akhir pembangunan
dalam hadith-hadith berdasarkan Kitab Jami‘ al-Tirmidhiy. Terdapat perbezaan antara elemen-elemen
matlamat akhir pembangunan lazim (PL) dan pembangunan berteraskan Islam (PBI).
Persoalannya, apakah elemen-elemen matlamat akhir pembangunan berdasarkan
hadith dalam kitab Jami‘ al-Tirmidhiy? Apakah hadith-hadith yang menjelaskan tentang
elemen-elemen PBI? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini
mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti hadith-hadith yang berkaitan
elemen-elemen matlamat akhir pembangunan berdasarkan Kitab Jami‘ al-Tirmidhiy. Kedua; menganalisis dan
membina matlamat akhir pembangunan berdasarkan hadith-hadith dalam kitab Jami‘ al-Tirmidhiy yang dikenal pasti itu.
Keputusan kajian yang menggunakan kaedah analisis kandungan ini mendapati wujud tiga elemen matlamat akhir
PBI yang dibina berdasarkan hadith-hadith dalam Kitab Jami‘ al-Tirmidhiy iaitu berpaksikan tauhid,
berlandaskan syariat dan berakhlak mulia.
Kata Kunci: Elemen, Matlamat Akhir, Pembangunan,
Pembangunan Berteraskan Islam
52
KAEDAH PENGAJARAN DARI HATI KE HATI
BERDASARKAN KITAB TANWIR AL-QULUB KARYA
MUHAMMAD AMIN AL-KURDIY
Ahmad Kamal Abdul Shukor
Pelajar Ijazah
Doktor Falsafah
Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains
Malaysia
11800 Pulau
Pinang
Kertas kerja ini
bertujuan meneliti dan mengkaji kaedah pengajaran dari hati ke hati berdasarkan
kitab Tanwir al-Qulub karya
Muhammad Amin Al-Kurdiy. Kitab ini merupakan kitab yang banyak
membincangkan kaedah pengajaran dari hati ke hati serta menjadi kitab asas
dalam ilmu Tasauf. Persoalannya, apakah bentuk-bentuk kaedah pengajaran dari
hati ke hati yang terdapat dalam kitab Tanwir al-Qulub? Bagaimanakah
kaedah-kaedah tersebut dinyatakan? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini,
perbincangan kertas kerja ini tertumpu kepada dua bahagian utama. Pertama,
mengenal pasti kaedah pengajaran dari hati ke hati berdasarkan kitab Tanwir
al-Qulub; dan kedua, menganalisis dan
merumuskan bentuk-bentuk kaedah pengajaran dari hati ke hati berdasarkan kitab Tanwirul
Qulub. Kajian kualitatif ini hanya menggunakan data sekunder iaitu kitab Tanwirul
Qulub dan bahan-bahan penulisan
lain yang berkaitan. Akhirnya kajian ini mendapati kaedah pengajaran
dari hati ke hati adalah asas kepada semua kaedah pengajaran yang ada kerana
amat memberi penekanan kepada persediaan hati dalam kalangan pengajar dan
pelajar. Selain itu kaedah pengajaran ini amat berkesan kerana memberi lebih penekanan
kepada amalan hati seperti keikhlasan, sabar dan teliti sebelum dan semasa
proses pengajaran itu berlaku.
Kata kunci: kaedah,
pengajaran, hati
53
IMPLIKASI SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
(MBI) TERHADAP PEMBANGUNAN ISLAM NEGERI KELANTAN: DARI TAHUN 2005-2014
Mohd Syahmi Mohd Miswan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
E-mail: syamieswan@hotmail.com
Membangun Bersama Islam (MBI)
merupakan slogan yang digunakan di Negeri Kelantan. Slogan ini mula
diperkenalkan setelah Parti Islam SeMalaysia (PAS) memerintah Negeri Kelantan.
Slogan ini sesuai dengan peranan PAS sebagai sebuah gerakan politik Islam yang
bergerak secara berkumpulan dan tersusun untuk memartabatkan Islam dalam diri
individu, keluarga, masyarakat dan negara (Yusuf al-Qardhawi, 1992). Selama
pemerintahannya dari tahun 2005 sehinga 2014, apakah implikasi slogan MBI yang
diperkenalkan PAS di Kelantan terhadap pembangunan Islam? Apakah ianya
benar-benar terlaksana berpandukan slogan MBI tersebut, atau pun tidak berlaku?
Apakah MBI yang dimaksudkan hanya melibatkan pembangunan rohani dengan
mengabaikan pembangunan fizikal? Adakah PAS menggunakan konsep pembangunan
berteraskan Islam atau berteraskan konvensional untuk membangunkan Negeri
Kelantan? Daripada persoalan-persoalan tersebut, tumpuan dalam kertas kerja ini
dilakukan untuk meneliti implikasi daripada slogan MBI terhadap pembangunan
Islam di Kelantan dari tahun 2005 sehingga tahun 2014. Penelitian ini dilakukan
dengan menggunakan kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder.
Analisis kandungan juga digunakan untuk menganalisis data-data tersebut.
Hasilnya, terdapat tiga implikasi MBI. Pertama, dari segi spiritual. MBI
menerapkan pembangunan insan yang produktif, berilmu, dan bertaqwa di setiap
peringkat. Kedua, dari segi mental. MBI mengislamisasikan pentadbiran kerajaan
negeri dengan merubah tasawur pelaku pentadbiran. Ketiga, dari segi fizikal.
Diwujudkan pembangunan ekonomi dari aspek pertanian, perhutanan, pembuatan,
perkhidmatan, dan pelancongan. Semua ini dilakukan dengan berpaksikan tauhid
dan mengelakkan perkara-perkara syirik dan melangar perintah Allah SWT.
Kata Kunci: Implikasi, Membangun
Bersama Islam,
Pembangunan Islam, Kelantan
54
KAEDAH RAWATAN SIHIR
TAFRIQ DI PUSAT-PUSAT RAWATAN ISLAM: KAJIAN DARI PERSPEKTIF HADITH
Mohd Suhaimi Rozali
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
e-mel: mohdsuhaimitobibi@gmail.com
Perubatan berteraskan Islam tidak terlepas
daripada menerima pelbagai dakwaan dan tohmahan. Hal ini disebabkan oleh
kepelbagaian kaedah rawatan yang diamalkan di pusat-pusat rawatan Islam. Aspek
yang sering mendapat perhatian dan kritikan adalah kaedah dan teknik rawatan
yang dijalankan di pusat-pusat rawatan Islam. Antaranya kaedah scanning, kaedah
rawatan jarak jauh, kaedah jampi, kaedah pukulan, kaedah minum dan mandi air
jampi. Kaedah-kaedah tersebut dijalankan bagi mengubati pesakit yang mendakwa
dirinya disihir. Persoalannya, apakah kaedah rawatan sihir tafriq yang terdapat
dalam Hadith Rasulullah SAW? Apakah kaedah rawatan sihir tafriq yang diamalkan
di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia pada ketika ini menepati kaedah
rawatan sihir tafriq yang terdapat dalam Hadith Rasulullah SAW? Berdasarkan
permasalahan inilah, kertas kerja ini ditulis bagi mencapai dua objektif utama.
Pertama, mengenal pasti kaedah rawatan sihir tafriq yang terdapat dalam Hadith
Rasulullah SAW; kedua, menganalisis kaedah rawatan sihir tafriq yang diamalkan
di pusat-pusat rawatan Islam berdasarkan kaedah rawatan sihir tafriq yang
terdapat dalam Hadith Rasulullah SAW. Hasilnya, kertas kerja ini mendapati
terdapat beberapa kaedah sahaja yang diamalkaan di pusat-pusat rawatan Islam
menepati Hadith Rasulullah SAW dalam perubatan berteraskan Islam. Antaranya
seperti kaedah mengenal pasti tempat barang sihir yang disembunyikan, kaedah
menanam bahan sihir dan kaedah memberi minum air ruqyah.
Kata kunci: Kaedah, Rawatan, Sihir Tafriq
55
IMPLIKASI DAN CABARAN TAHALUF SIYASI PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
DI PULAU PINANG SELEPAS PAS MEMBATALKAN TAHALUF
SIYASINYA DENGAN DEMOCRATIC ACTION
PARTY (DAP)
Afnan Hamimi
Taib Azamudden
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
afnanhamimipewaris@gmail.com
Tahaluf Siyasi (TS) adalah
strategi yang digunakan oleh PAS sebagai satu kaedah kerjasama dengan
parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negeri dan
berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya. TS di sini bermaksud
kerjasama antara dua atau beberapa pihak untuk mencapai objektif yang sama
selagi tidak melanggar syariat Islam (Mohd Syakir Mohd Rosdi, 2014). Antara
hasil hubungan TS PAS bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah PAS di
Pulau Pinang dapat merasai bersama-sama DAP dan PKR memerintah negeri Pulau
Pinang. PAS di Pulau Pinang diberi 13
jawatan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri. Walaupun begitu,
Majlis Syura Ulama (MSU) PAS telah mengisytiharkan hubungan TS PAS dengan DAP
dibatalkan kerana DAP melanggar syarat-syarat TS yang ditetapkan oleh PAS. Sehubungan itu, DAP menyatakan bahawa
kerjasamanya bersama PAS dalam PR telah berakhir. Namun, PAS tetap meneruskan
hubungan TS dengan PKR. PAS juga menyatakan bahawa PR masih lagi wujud selagi
mana adanya kerjasama TS antara PAS dengan PKR. Keadaan ini menggugat PAS di
Pulau Pinang disebabkan PAS adalah parti minoriti berbanding DAP dan PKR yang
menjadi parti majoriti. Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki
PAS hanya 1 sahaja berbanding 19 kerusi DUN yang dimiliki DAP dan 10 kerusi
yang dimiliki PKR. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis implikasi dan
cabaran TS PAS di Pulau Pinang setelah PAS membatalkan hubungan TSnya dengan
DAP. Dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan, didapati
implikasi TS PAS di Pulau Pinang melibatkan tiga aspek. Pertama, politik;
kedua, pentadbiran kerajaan negeri; dan ketiga, dakwah.
Kata
kunci: Implikasi, Cabaran Tahaluf Siyasi,
Tahaluf Siyasi PAS, PAS Pulau Pinang
56
HIJAU: ANALISIS DARI PERSPEKTIF ISLAM
Hayati Saleh
Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains
Malaysia
Pulau Pinang
Pada masa
kini banyak perbincangan berkaitan dengan isu-isu kelestarian yang merangkumi
alam sekitar, sosial dan ekonomi. Perbincangannya sering pula dikaitkan dengan
terma hijau yang merentasi pelbagai bidang. Mengapakah ‘hijau’ dipilih dalam
mengambarkan isu-isu tersebut? Mengapakah tidak dipilih warna-warna yang lain?
Dalam Islam, warna hijau sudah lama digunapakai. Malah, ‘hijau’ adalah warna
yang mempunyai keistimewaannya. Warna hijau dapat dilihat pada simbol-simbol
keislaman di seluruh dunia sama ada dalam sejarah mahupun masa kini. Pelbagai
aspek kehidupan umat Islam dikaitkan dengan warna hijau termasuklah dalam
pakaian dan serban, bendera dan peperangan, kubah dan lanskap, ganjaran dan
kenikmatan di syurga. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk
mengenalpasti falsafah warna hijau dalam Islam dan bagaimana ia relevan pada
masa kini terutamanya dalam konteks kelestarian. Seterusnya kertas kerja ini
akan menganalisis falsafah warna hijau dalam perspektif Islam dan konteks masa
kini. Dapatan daripada kertas kerja ini akan merumuskan falsafah hijau dan
membentuk garis panduan warna hijau dari perspektif Islam agar dapat
diaplikasikan dalam konteks kelestarian. Bagi mencapai tujuan itu, kajian
kepustakaan dan penelitian kandungan dilakukan. Kertas kerja ini menjangkakan
terdapat penjelasan yang nyata dari aspek fizikal dan spiritual terhadap hijau
dari perspektif Islam.
Kata
kunci : hijau, Islam
57
PENDIDIKAN ETNIK ROHINGYA:
AMALAN DI UNIROD, PULAU PINANG
Norazira Ali
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Kertas
kerja ini membincangkan tentang hak asasi golongan pelarian Rohingya di
Malaysia dalam aspek pendidikan. Pendidikan merupakan hak setiap insan di dunia
tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, warna kulit, taraf kewarganegaraan.
Dalam Islam, pendidikan merupakan sebahagian hal yang dituntut dalam kehidupan
beragama. Hak pendidikan ini juga sepatutnya diterima oleh pelarian yang
tinggal di negara didiami mereka. Sehingga kini, Malaysia dibanjiri pelarian
dari pelbagai negara termasuk etnik Rohingya daripada Arakan, Myanmar.
Menyedari hak-hak pendidikan kanak-kanak etnik Rohingya yang dinafikan ekoran
status mereka yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, beberapa pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) menubuhkan sekolah khas yang membolehkan golongan tersebut
mendapat pendidikan secara formal. Selain usaha-usaha oleh NGO tempatan memberi
pendidikan terhadap pelarian etnik ini, masyarakat Rohingya sendiri juga telah
berusaha untuk menubuhkan sekolah bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak
mereka. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pendidikan
kanak-kanak pelarian etnik Rohingya yang dibangunkan oleh NGO UNIROD di Pulau
Pinang. Metodologi kajian menggunakan sumber primer dan sekunder, melalui
kaedah temu bual separa bersturktur dan kajian kepustakaan. Data dianalisis
menggunakan kaedah analisis kandungan. Kesimpulan awal mendapati kanak-kanak
etnik Rohingya sedar akan kepentingan pendidikan dan hak mereka untuk mendapatkan
pendidikan walaupun mereka berhadapan dengan masalah status yang kabur dan
tidak diiktiraf di Malaysia.
58
POTENSI INSTITUSI PONDOK DALAM MEMBIAYAI PEMBANGUNAN
WAKAF LESTARI DI NEGERI KEDAH
Farahdina Fazial
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
11800
Pulau Pinang
Negeri
Kedah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah institusi pondok tertinggi
selain daripada Kelantan dan Terengganu. Bermula pada tahun 2012, kerajaan
Negeri Kedah memberikan bantuan kewangan kepada institusi pondok berdaftar.
Selain itu, dalam bajet 2015 kerajaan persekutuan turut memperuntukan RM 25
juta bagi membantu perkembangan institusi pondok di Malaysia. Walaupun terdapat
bantuan sumbangan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, sumber
dana ini masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pengurusan dan
pentadbiran pondok. Oleh itu, kebanyakan sumber kewangan pondok masih
bergantung kepada sumbangan masyarakat seperti zakat, wakaf, infaq dan sedekah
terutamanya bagi pondok tidak berdaftar. Berbanding keempat-empat sumbangan
kewangan tersebut, wakaf dilihat sebagai instrumen yang dapat membantu
institusi pondok dalam membiayai pembangunan pondok. Perkara ini merujuk kepada
pembiayaan institusi pendidikan pada zaman awal Islam yang berjaya dibangunkan
melalui wakaf. Namun, tidak semua pondok berjaya membangun, menjana dan
melestarikan kewangan pondok melalui wakaf kerana berdepan dengan pelbagai kekangan.
Justeru, kajian ini mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, mengenal pasti
sumber-sumber dana yang diterima oleh instutusi pondok di Negeri Kedah. Kedua,
menganalisis potensi pembiayaan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di
Negeri Kedah. Ketiga, merumuskan potensi institusi pondok dalam membangunkan
wakaf lestari di Negeri Kedah. Analisis dilakukan dengan menggunakan data
primer, data sekunder dan analisis kandungan sebagai alat menganalisis kajian
ini. Implikasi penting bagi kajian ini ialah institusi pondok berupaya dalam
memperkasakan sistem kewangan melalui sumber dana wakaf apabila diuruskan dan
ditadbir dengan bersistematik bagi membiayai pembangunan lestari.
Kata Kunci:
Institusi pondok, pembangunan wakaf, wakaf lestari
59
MEMBINA REKA BENTUK PENYELIDIKAN BERASASKAN PENDEKATAN
TAFSIR AL-QUR’AN
Abdul Hanis Embong
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia (USM)
11800
Minden, Pulau Pinang
Email:
abdulhanismei@gmail.com / ahe14_soc048@student.usm.my
Tel:
09-6247084 / +6013-7395195
Kajian
ini bertujuan meneliti dan mengkaji pendekatan tafsir al-Qur’an. Pendekatan
tafsir dipercayai mempunyai satu gerak kerja tersusun seperti yang terdapat
dalam sesebuah penyelidikan. Hal ini kerana pendekatan tafsir digunakan untuk
menghuraikan serta menyelidiki ayat-ayat al-Qur’an secara sistematik,
berhati-hati dan teliti. Maka, hakikatnya pendekatan tersebut boleh disesuaikan
dan dipraktikkan dalam penyelidikan berkaitan Islam pada konteks masa kini.
Bagi mencapai objektif tersebut, kajian perpustakaan telah dijalankan untuk
mendapatkan data-data berkaitan proses pendekatan tafsir al-Qur’an secara
menyeluruh menerusi karya-karya klasik dan moden. Data-data tersebut
kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini
mendapati pendekatan tafsir al-Qur’an terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
pendekatan tafsir bi al-ma’thur (tafsir secara perpindahan), tafsir
bi al-ra’yi (tafsir dengan pendapat atau ijtihad) dan tafsir al-isyariy
(tafsir secara isyarat). Ketiga-tiga pendekatan ini boleh diaplikasi dan
digunakan sebagai satu reka bentuk dalam penyelidikan. Komponen-komponen yang
terdapat pada setiap bahagian pendekatan tafsir kemudiannya dirumuskan menjadi
satu kaedah penyelidikan yang berindentitikan Islam dan digunakan dalam
penyelidikan.
Kata
Kunci: pendekatan, tafsir, reka bentuk penyelidikan
60
PERSEPSI MAHASISWA
TERHADAP PELAKSANAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) DI MALAYSIA: KAJIAN KE
ATAS MAHASISWA MUSLIM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Muhammad Hilmi Mat Johar
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
hilmihmj@gmail.com
Tel: 013402796 / 0146047765
Rancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 telah menimbulkan pelbagai
reaksi dalam masyarakat. Ada sesetengah pihak yang bersetuju dan ada juga yang
tidak bersetuju dengan menyatakan bahawa pelaksanaan cukai ini akan membebankan
lagi rakyat Malaysia. Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat masih keliru
dan kurang memahami apakah GST yang sebenarnya. Masyarakat sekeliling masih
kurang maklumat mengenai GST apatah lagi golongan mahasiswa. Justeru kajian ini
dijalankan untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap pelaksanaan GST di
Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap persepsi,
menganalisis dan merumuskan tahap persepsi mahasiswa Muslim USM terhadap
pelaksanaan GST. Sampel kajian adalah seramai 30 orang mahasiswa Muslim yang
terdiri daripada tahun dan pusat pengajian yang berbeza. Pemilihan sampel
dibuat secara rawak mudah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah
kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Dapatan
menjangkakan kajian ini menunjukkan hampir 70 peratus responden faham tentang
perancangan kerajaan untuk melaksanakan GST, namun mereka secara keseluruhan
masih belum lagi bersedia. Persepsi mahasiswa dinilai dari beberapa aspek iaitu
faktor intrinsik dan ekstrinsik dan analisis yang telah dilakukan akan
diceritakan dalam kertas kajian ini. Dicadangkan pihak yang bertanggungjawab
perlu memainkan peranan yang lebih dalam menyampaikan maklumat tentang
keperluan Negara melaksanakan GST kepada rakyat Malaysia.
Kata kunci: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),
Persepsi, Mahasiswa Muslim
61
PERANCANGAN STRATEGIK
DALAM PENGURUSAN KUALITI DI INSTITUSI PENDIDIKAN DAN PENTADBIRAN BERTERASKAN
ISLAM BRUNEI DARUSSALAM
Nurhidayah Marzuki@Yahaya
Email: dieya87@gmail.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0195971516
Kertas kerja ini bertujuan menganalisis
perancangan strategik dalam pengurusan kualiti di institusi pembangunan
berteraskan Islam (IPBI) terpilih di Negara Brunei Darussalam (NBD). IPBI
merupakan institusi yang berusaha untuk memenuhi falsafah dan matlamat
pembangunan berteraskan Islam dalam menguruskan organisasinya walaupun tidak
secara menyeluruh. Untuk memenuhi tujuan kertas kerja ini, dua jenis IPBI telah
terpilih untuk dianalisis iaitu institusi pentadbiran dan institusi pendidikan.
Institusi-institusi terpilih ini dianalisis dengan memberi fokus kepada dua
aspek utama dalam perancangan strategik iaitu pernyataan visi dan misi
institusi tersebut. Melalui pernyataan visi dan misi ini, ia dapat
menggambarkan falsafah dan bentuk pengurusan yang ingin dilaksanakan dalam
institusi tersebut khususnya pengurusan kualiti. Persoalannya, adakah
pernyataan visi dan misi yang ditetapkan telah memenuhi kriteria bagi sesebuah
IPBI? Apakah ia selari dengan falsafah pembangunan berteraskan Islam? Apakah
pernyataan visi dan misi yang dipamerkan sesuai untuk diguna pakai oleh
sesebuah IPBI? Kertas kerja ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan
tersebut. Pendekatan teoretikal dan emperikal menerusi kaedah analisis
kandungan digunakan dengan melihat kepada tiga jenis kriteria iaitu matlamat
akhir, sasaran dan pembangunan insaniah dalam setiap pernyataan visi dan misi
institusi-institusi ini. Akhir sekali, kertas kerja ini diharap dapat
mempamerkan sama ada pernyataan visi dan misi yang diguna pakai di IPBI
terpilih di NBD ini selari dengan falsafah pembangunan berteraskan Islam atau
sebaliknya.
Kata Kunci: Perancangan Strategik, Institusi
Pembangunan Berteraskan Islam
62
AKAD PEMBIAYAAN
MUDHARABAH DALAM MENENUHI NILAI KEADILAN DAN KEMANFAATAN (SUATU TINJAUAN
ANALISIS KAJIAN)
Isnaini
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Kertas kerja ini ditulis untuk
menganalisis akad pembiayaan mudharabah yang mempunyai nilai keadilan dan
kemanfaatn yang di amalkan oleh bank SUMUT syariah di Medan Indonesia. Dalam amalannya
perbankan SUMUT Syariah menggunapakai duel windows sistem. Hal ini menarik
untuk dikaji, di antaranya pelaksanaan akad pembiayaan mudharabah dalam
amalannya di bank SUMUT syariah menggunakan mekanisme perkongsian untung
(revenue sharing). Hal ini sangat bertentangan dengan ciri khusus dan asas bagi
operasional bank syariah iaitu asas bagi hasil (profit and loss sharing),
sehingga tidak memberikan rasa keadilan dan kemanfaatan bagi para mudharib.
Untuk menjawab penyelidikan ini, metode yang digunakan bersifat deskriptif
analisis dengan metode pendekatan yang dilakukan adalah yuridis normatif dengan
cara menganalisis data primer dan sekunder sehingga menghasilkan jawaban
daripada permasalahan yang ada. Selanjutnya data yang diperoleh dari hasil
penyelidikan, akan dianalisis secara kualitatif. Hasil yang dicapai daripada
kajian ini adalah untuk menganalisis akad pembiayaan di bank SUMUT syariah yang
mempunyai nilai keadilan dan kemanfaatan, sehingga dijangkakan boleh
memperkasakan mudharib dalam penyediaan modal perniagaan dan penyempurnaan
pembuatan akta pembiayaan mudharabah yang berkeadilan dan kemanfaatan sehingga
ada kepeberpihakan kepada mudharib.
Kata Kunci : Akad Pembiayaan,
Mudharabah, Keadilan dan Manfaat
63
POTENSI PENGGUNAAN
DINAR EMAS (DE) SEBAGAI MAUQUF WAKAF
Che Khadijah Hamid
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Gelugor Pulau Pinang
Tel: 012-5846447
Pada hakikatnya, faktor kejatuhan
Uthmaniah pada tahun 1924 telah membawa kesan kehancuran kepada keruntuhan yang
cukup besar kepada institusi wakaf DE sehinggalah ke hari ini. Perkara ini
digambarkan melalui perkembangan sejarah wakaf yang memperlihatkan DE sebagai mauquf
wakaf yang sudah bermula daripada masyarakat Uthmaniah lagi, dimana pada ketika
itu wakaf menggunakan DE dijadikan amalan. Hal ini kerana, sejak awal abab
ke-15, DE dan perak sudah digunakan sebagai mekanisme untuk berwakaf. Diteliti
juga, DE dan perak telah ditemui pertama kalinya di Erdine pada tahun 1423.
Akhirnya pada tahun 1560, ia telah menjadi kaedah berwakaf yang paling dominan
diseluruh wilayah Uthmaniah berbanding kaedah tradisional. Walau bagaimanapun,
mauquf wakaf daripada DE terus terabai sehingga ke dunia moden kini. Oleh yang
demikian, secara umumnya kertas kerja ini bertujuan meneliti potensi penggunaan
DE sebagai mauquf wakaf. Secara khususnya terdapat dua objektif yang
dikemukakan, pertama ialah mengenal pasti sejarah dan perkembangan DE dan
keduanya menganalisis kepentingan DE sebagai mauquf wakaf. Kertas kerja ini
menerapkan reka bentuk kajian penerokaan (exploratory) dan pengumpulan data
diperoleh daripada kajian perpustakaan serta data dianalisis menggunakan
analisis kandungan. Dapatan kajian dijangkakan memberi satu gambaran awal
bahawa DE adalah salah satu mekanisme yang perlu diketengahkan semula pada
zaman kini, terutamanya dalam wakaf tunai yang menggunakan wang fiat sebagai
alatnya.
Kata Kunci: Wakaf Dinar Emas, Sejarah dan Perkembangan Dinar Emas,
Kepentingan Dinar Emas sebagai Mauquf Wakaf.
64
LITERATUR PENILAIAN
PRESTASI (PP) DALAM INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM (IPBI)
Mastura Syamsudin
Centre for Islamic Development
Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0177114765
Kertas kerja ini bertujuan melihat kepada hasil-hasil kajian yang telah
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai penilaian prestasi dalam
institusi pembangunan berteraskan Islam. Sehubungan itu, pengkaji akan melihat
secara teliti meliputi kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji di Malaysia
dan seterusnya pengkaji-pengkaji luar negara. Tujuan penelitian ini dilakukan adalah
supaya kajian yang akan dilakukan ini tidak akan berlaku pertindihan dan
kesamaan dalam kajian. Apabila penelitian ini telah dijalankan maka pengkaji
akan dapat melihat lompang kajian yang masih belum dilakukan. Penelitian
terhadap kajian-kajian yang telah dilakukan akan dibuat dalam bentuk jadual
untuk memudahkan para pembaca melihat apa yang telah dikaji. Justeru itu,
kertas kerja ini secara tidak langsung akan membantu para pengkaji dalam bidang
pengurusan penilaian prestasi khususnya meneliti kajian-kajian yang telah
dilakukan.
Kata Kunci : Penelitian, Penilaian Prestasi, Institusi Pembangunan
Berteraskan Islam
65
KAJIAN KAEDAH PENGURUSAN INSANIAH
MENURUT AL-QUR’AN
Noor Aini Mohd Salleh
Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang
Kertas kerja ini bertujuan
mengemukakan kajian bagi mengenalpasti dan mengenalisis kaedah pengurusan
insaniah menurut al-Qur’an. Pengurusan insaniah
penting dalam menentukan keberkesaan pentadbiran sesebuah institusi. Ekoran
itu, kaedah pengurusan digunakan untuk melahirkan insan yang berjaya dan
komited dengan kerja sehingga akhirnya dapat memenuhi matlamat institusi.
Namun, walaupun pelbagai kaedah telah dilaksanakan, isu berkenaan insan masih
lagi wujud terutamanya melibatkan penyelewengan,
rasuah, penipuan dan sebagainya. Oleh itu, timbul persoalan, mengapakah
keadaan seperti itu berlaku? Adakah kaedah pengurusan yang telah digunakan
tidak berkesan mengurus insan dengan baik? Atau mungkin terdapat elemen-elemen
yang tidak ditekankan dalam kaedah yang telah digunakan selama ini? Oleh itu,
untuk menjawab persoalan yang timbul kaedah analisis kandungan digunakan.
Kertas kerja ini berhasrat mengemukakan satu cadangan penyelidikan tentang
perkara ini.
66
APLIKASI
PROGRAM ULUL ALBAB DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Norhazriah Mohamed@Ismail
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia (USM)
11800
Pulau Pinang
Program
Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan
sedia ada (Sains) dengan program aliran
agama termaksuk tahfiz al-Quran di beberapa buah sekolah di Malaysia. Program ini menekankan kaedah Quranik,
Ensiklopedik dan Ijtihadik dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, kertas
kerja ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis sejauhmana program Ulul
Albab telah berkembang dalam sistem pendidikan dan apakah sumbangan program ini
di dalam sistem pendidikan Malaysia. Untuk tujuan tersebut, kertas kerja ini
menggunakan reka bentuk kajian deskriptif. Data dikumpul melalui tinjauan
kepustakaan. Manakala analisisnya menggunakan analisis kandungan.
Kata
Kunci: Program Ulul Albab, Sistem Pendidikan
67
PENGURUSAN KUALITI HALALAN TOYYIBAN: SATU KONSEP PENGURUSAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN
ISLAM
Norazilawati Md Dahlal
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
E-mel:
norazilawatimddahlal@gmail.com
Lazimnya, pengurusan
kualiti halalan toyyiban merujuk
kepada pengurusan kualiti produk makanan yang menepati peraturan dan panduan
syariat Islam. Pelaksanaan pengurusan kualiti halalan toyyiban juga merupakan mekanisme dalam pelaksanaan
pengurusan pembangunan berteraskan Islam khususnya di Malaysia. Walau
bagaimanapun, timbul persoalan apakah elemen-elemen pengurusan halalan toyyiban yang menjadikan ia
sebagai manifestasi kepada pelaksanaan pembangunan berteraskan Islam? Kertas
kerja ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti elemen-elemen
pengurusan kualiti halalan toyyiban.
Kedua, menganalisis elemen-elemen pengurusan kualiti halalan toyyiban daripada perspektif pengurusan pembangunan
berteraskan Islam. Ketiga, merumuskan konsep pengurusan kualiti halalan toyyiban berdasarkan pengurusan
pembangunan berteraskan Islam. Kertas kerja ini menggunakan kaedah analisis
kandungan ke atas data-data yang diperoleh daripada kajian-kajian dan
penulisan-penulisan terdahulu yang berkaitan dengan pengurusan kualiti makanan
halal. Akhir sekali, kertas kerja ini dijangkakan dapat menghuraikan satu
konsep pengurusan halalan toyyiban
yang bukan sahaja menepati peraturan dan panduan syariat. Konsep pengurusan halalan toyyiban ini meliputi konsep
pengurusan yang lebih holistik, bersepadu dan komprehensif.
Kata
Kunci: Halalan toyyiban, pengurusan kualiti
makanan, konsep pengurusan, pengurusan pembangunan berteraskan Islam
68
ANALISIS PANDANGAN
PAKAR TENTANG RIWAYAT HIDUP DAN ALIRAN PEMIKIRAN ISMAIL RAJI AL-FARUQI
(1921-1986)
Dr. Ahmad Sabri Osman
Akademi Pengajian Islam kontemporari
UiTM Perlis
Tel: 019-3757063
Tulisan ini adalah usaha eksploratif
untuk menganalisis riwayat hidup dan aliran pemikiran Ismail Raji al-Faruqi
(1921-1986). Beliau merupakan antara tokoh pemikir Islam kontemporari yang
telah memberi sumbangan yang cukup besar kepada perkembangan pendidikan Islam
di Amerika Utara khususnya dan Dunia Islam amnya. Sumbangan Ismail Raji
al-Faruqi terutamanya dalam mengasaskan institut pengajian Islam di Universiti
Temple, Amerika Syarikat telah mendorong kemasukan pelajar Islam dari pelbagai
negara ke Amerika Utara. Beliau juga telah melaksanakan tugas-tugas dakwah
menurut cara beliau yang tersendiri. Sumbangan beliau ini telah diiktiraf dan
dihargai oleh pelbagai pihak. Dalam mendapatkan data, metode kepustakaan dan
temu bual (separa struktur) digunakan manakala metode deduktif dan komparatif
digunakan dalam menganalisis data. Lima orang pakar diambil sebagai responden
kajian. Kajian mendapati bahawa pandangan kelima-lima pakar tentang riwayat
hidup dan aliran pemikiran al-Faruqi adalah selari antara satu sama lain di
mana pemikiran beliau adalah selaras dengan jumhur ulama Islam.
Kata Kunci: Riwayat hidup, aliran pemikiran, Ismail Raji al-Faruqi
69
PENEROKAAN
KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK INSTITUSI ISLAM: ANALISIS KHUSUS KE ATAS VISI DAN
MISI
Farah
Farhana Johari
Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains
Malaysia
11800, Pulau
Pinang
Kebiasaannya,
setiap institusi pasti akan menyatakan matlamat pembangunannya sesuai dengan
pengoperasian yang ingin ditawarkan termasuklah institusi Islam. Matlamat ini
pula sering digambarkan melalui pernyataan visi dan misi. Pernyataan visi dan
misi realitinya merupakan salah satu elemen dalam pengurusan strategik. Tidak
dapat dinafikan tentang kepentingan pengurusan strategik dalam memudahkan
pengurusan institusi. Namun, persoalannya bagaimanakah pembinaan pernyataan
visi dan misi dalam pengurusan strategik? Apakah analisis yang diguna pakai untuk
menghasilkan pernyataan ini? Adakah ia memenuhi asas-asas Islam yang
sepatutnya? Bagi menjawab persoalan tersebut, kertas kerja ini meneroka
kajian-kajian lepas tentang konsep pengurusan strategik di institusi. Kemudian,
penelitian juga dibuat terhadap asas pembangunan Islam dalam institusi Islam.
Atas dasar tersebut, kertas kerja ini melakukan analisis kandungan ke atas data
sekunder yang diperolehi. Hasil dapatan mempamerkan bahawa pernyataan visi dan
misi terhasil daripada analisis SWOT yang dikembangkan daripada konsep
pengurusan strategik lazim. Selain itu, kertas kerja ini turut mencadangkan
kajian pada masa hadapan.
Kata Kunci: Pengurusan Strategik, Institusi Islam, Visi,
Misi
70
IMPLIKASI POLEMIK
KERAJAAN PERPADUAN DALAM PARTI ISLAM Se-MALAYSIA (PAS)
Wafdi Auni Mohamed
Centre for Islamic Development
Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 012-4351939
Konsep kerajaan perpaduan telah
dikemukakan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 2009.
Cadangan tersebut merujuk kepada perkongsian kuasa antara Barisan Nasional (BN)
dengan Pakatan Rakyat (PR) di bawah satu pemerintahan. Ia bertujuan untuk
merapatkan jurang perpecahan hasil dari suasana politik yang semakin tegang
selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Namun, cadangan ini telah mengundang polemik
terutama dalam kalangan parti politik PAS itu sendiri. Polemik ini berdasarkan
percanggahan pandangan yang disebabkan perbezaan ideologi, pengaruh luaran
seperti anwarinas dan sejarah pendidikan dalam kalangan pimpinan PAS.
Percanggahan tersebut telah mewujudkan dua kelompok iaitu; pertama, kelompok
yang mahukan kerajaan perpaduan; dan kedua, kelompok yang menolak kerajaan
perpaduan. Kertas kerja ini dilakukan untuk meneliti implikasi polemik kerajaan
perpaduan dalam PAS. Bagi mencapai objektif kertas kerja ini, ia dilakukan
dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kaedah analisis kandungan.
Hasilnya, terdapat tiga implikasi polemik kerajaan perpaduan dalam kalangan
PAS. Pertama, berlakunya perpecahan dalam organisasi PAS; kedua, mewujudkan
banyak kelompok seperti PASMA, Islam Progresif dan sebagainya; dan ketiga,
tiada keselarasan dari sudut sistem pentarbiyahan.
Kata Kunci: Implikasi, Polemik, Konsep Kerajaan Perpaduan, Parti Islam
Se-Malaysia (PAS)
71
REBAT CUKAI
ZAKAT PENDAPATAN: KEBERKATAN DALAM KEPATUHAN BERZAKAT
Khairul Bariyah Othman
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
kbariyah_risdev14@yahoo.com
Islam adalah agama yang sempurna meliputi pelbagai
aspek kehidupan merangkumi ekonomi, kewangan, sosial dan politik. Dalam
menangani pelbagai masalah seperti kelembapan ekonomi, kemiskinan dan inflasi,
sistem pengurusan kewangan Islam khususnya zakat dilihat sebagai alat agihan
pendapatan yang adil dan berperanan sebagai pemangkin kestabilan ekonomi
negara. Bagi meningkatkan sumber dana zakat negara, insentif pelepasan rebat
cukai zakat pendapatan telah diberikan kepada individu Muslim yang menunaikan kewajipan
zakat pendapatan. Namun, insentif ini perlu dilihat dalam konteks Islam yang
sebenar agar kepatuhan berzakat memperolehi keberkatan dalam perlaksanaannya.
Kertas kerja ini akan mengupas perlaksanaan rebat cukai zakat pendapatan di
Malaysia dan perkaitan perlaksanaannya dengan keberkatan dalam kepatuhan
berzakat. Pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan berdasarkan data
sekunder digunakan bagi mengemukakan asas-asas bagi mencapai objektif ini.
Hasil penelitian ini kemudiannya disusun kepada tiga bahagian. Bahagian
pertama, membincangkan konsep rebat cukai pendapatan di Malaysia. Bahagian
kedua, membincangkan konsep barakah dalam kepatuhan berzakat. Akhir sekali,
kajian kualitatif ini akan merumuskan perkaitan antara rebat cukai zakat pendapatan
dan keberkatannya agar amalan kepatuhan berzakat mencapai keredhaan Allah SWT.
Kata kunci: Rebat cukai zakat pendapatan,
keberkatan
72
LATIHAN PENGURUSAN INSANIAH INTAN DARI PERSPEKTIF
PENGURUSAN INSANIAH BERTERASKAN ISLAM SEBAGAI MEKANISME MENANGANI SALAHLAKU
PENJAWAT AWAM
Siti Shafia Sub’rai@ Subrai
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
11800
Pulau Pinang
Kertas
kerja ini membincangkan latihan
pengurusan insaniah yang diberikan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
dari persektif pengurusan berteraskan Islam. Latihan pengurusan insaniah amat diperlukan untuk
melahirkan pengurusan institusi yang lebih efisien. Latihan pengurusan insaniah
juga berupaya menjadi suatu bentuk dakwah kepada kakitangan awam khususnya
untuk sentiasa menjaga hubungannya dengan Pencipta, diikuti dengan hubungannya
sesama manusia dan hubungannya dengan sumber alam dalam usaha mengekang pelbagai masalah pengurusan. Dalam
membincangkan latihan pengurusan insaniah dari perspektif pengurusan insaniah
berteraskan Islam, kertas kerja ini berfokus kepada mengenal pasti konsep
latihan pengurusan insaniah. Objektif seterusnya adalah menganalisis keselarian
latihan pengurusan insaniah yang diberikan oleh INTAN dari perspektif
pengurusan insaniah berteraskan Islam berdasarkan elemen-elemen yang telah
digariskan. Semua maklumat berkaitan dianalisis menggunakan kaedah analisis
kandungan. Kertas kerja ini diharap dapat mencadangkan latihan pengurusan
insaniah sebagai mekanisme untuk menangani salahlaku penjawat awam daripada
terus berlaku.
Kata
kunci: latihan, pengurusan, pengurusan
insaniah, latihan pengurusan insaniah, INTAN dan mekanisme salahlaku penjawat
awam
73
STRATEGI PENGEMBANGAN
AKTIVITI EKSPORT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Zaharah Ghazali
Email: zaharahg@unisza.edu.my
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0139014907
Kajian berkaitan aktiviti pengeksportan telah
banyak dihasilkan dengan fokus diberikan kepada strategi untuk pengembangan.
Bagi pengusaha Muslim, strategi untuk pengembangan memerlukan suatu konsep yang
tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Justeru, kertas kerja ini meneroka
konsep aktiviti pengeksportan yang menggariskan strategi untuk pengembangan
menurut pandangan Islam. Berdasarkan kaedah analisis kandungan, sumber seperti
Al-Quran, As-Sunnah, dan kombinasi karya-karya pemikiran daripada perspektif Islam
dan lazim dijadikan bahan rujukan. Beberapa strategi penggalak kepada
pengembangan prestasi eksport firma ditemui dengan aspek yang ditekankan adalah
produk dan sumber kewangan yang halal selain strategi kompetitif pengusaha
seperti proaktif, kepelbagaian pasaran, pemerolehan maklumat, dan kerjasama.
Secara tidak langsung, elemen spiritual mendahului strategi kompetitif yang
lain supaya aktiviti pengeksportan firma mendapat redha Allah SWT dan bukan
mengejar keuntungan semata-mata. Kesimpulannya, pengeksportan dalam Islam
mengutamakan perkara halal sebelum diteruskan aktiviti atau strategi yang lebih
kompetitif sifatnya.
Kata Kunci: aktiviti eksport, strategi,
perspektif Islam, halal
74
KERAKTERISTIK PELAKU
PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM KAJIAN BERDASARKAN LITERATUR
Fazleen Md Ali
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Kertas kerja ini bertujuan untuk
mengenal pasti kerakteristik pelaku pembangunan berteraskan Islam berdasarkan
literatur. Pelaku pembangunan perlu mempunyai kerakteristik yang mantap dan
menerapkan ciri-ciri islamik untuk menjadikan sesebuah pembangunan itu berjaya.
Pembangunan yang dibangunkan juga perlu menerapkan nilai-nilai Islam yang
tinggi supaya mendapat keredhaan daripada Allah. Pelaku pembangunan perlu faham
karekteristik yang perlu dikuasai oleh mereka dalam membentuk sebuah
pembangunan yang berteraskan Islam. Maklumat untuk kertas kerja ini adalah
berdasarkan sumber-sumber sekunder yang diperoleh menerusi kaedah kepustakaan
dan dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Kajian ini menggunakan kaedah
analisis kandungan literatur yang sedia ada bagi memastikan terdapat
perbincangan mengenai ciri-ciri kerakteristik pelaku pembangunan berteraskan
Islam. Hasil penelitian menunjukkan terdapat perbincangan mengenai
kerakteristik insan atau pelaku pembangunan di dalam literatur dan menjadi
tanggungjawab pelaku pembangunan untuk menerapkan karekteristik tersebut
sebagai elemen penting dalam membangunkan sesebuah pembangunan yang berteraskan
Islam.
Kata Kunci: Kerakteristik Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam
75
PEMBANGUNAN HOTEL-HOTEL WAKAF DI MALAYSIA
Nur Inani Ismail
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia, 11800,
Pulau Pinang
Wakaf merupakan satu medium untuk insan
mengeluarkan harta bagi tujuan ibadat. Di samping itu ia juga dapat
membangunkan ekonomi umat Islam. Di Malaysia, pembangunan wakaf telah
berkembang dengan pembinaan hotel-hotel wakaf. Walaupun hotel-hotel wakaf ini
dibina atas nama wakaf, wujud persoalan setakat mana pembangunan hotel
wakaf itu benar-benar dapat memajukan ekonomi umat Islam? Adakah hotel wakaf
ditadbir mengikut syariat Islam? Apakah matlamat daripada pembinaan hotel wakaf
tersebut? Berapakah hotel-hotel wakaf yang telah dibina di Malaysia? Menerusi
kertas kerja ini, dengan menggunakan kajian kepustakaan, penilaian terhadap
pembangunan hotel-hotel wakaf ini dilakukan. Kertas kerja ini dijangka memberi
tiga dapatan kajian. Pertama, hotel wakaf dapat membangunkan ekonomi negara.
Kedua, hotel wakaf perlu dilaksanakan mengikut syariah Islam untuk mengekalkan
konsep ibadah pada harta wakaf itu sendiri. Ketiga, empat hotel wakaf telah
dibina di Malaysia.
Kata Kunci: Hotel Wakaf, Pembangunan Wakaf,
Hotel, Wakaf
76
KUALITI
PERKHIDMATAN: SUATU SOROTAN LITERATUR
Nurul Ain
Zainul Abidin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang, Malaysia.
Perkhidmatan
yang berkualiti adalah penting bagi sesebuah organisasi perkhidmatan. Ini
kerana keadaan perkhidmatan yang berkualiti dapat meningkatkan daya saing dan
prestasi yang cemerlang bagi sesebuah organisasi tersebut. Namun begitu,
bagaimanakah yang dikatakan sesebuah perkhidmatan itu berkualiti? Apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi?
Kertas kerja ini bertujuan meneliti kualiti perkhidmatan dalam sesebuah
organisasi perkhidmatan. Bagi menjawab persoalan tersebut, dua perkara utama
difokuskan dalam kertas kerja ini. Pertama, mengenal pasti maksud kualiti
perkhidmatan. Kedua, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti
perkhidmatan. Bagi mendapatkan maklumat, kajian ini menggunakan kaedah
kepustakaan yang berdasarkan kepada sorotan karya-karya terdahulu. Hasil
penelitian ini dapat memberi kefahaman awal berkaitan kualiti perkhidmatan
dalam sesebuah organisasi perkhidmatan.
77
FAKTOR-FAKTOR KEPERLUAN PENGURUSAN INSANIAH BERKUALITI
BERTERASKAN ISLAM BERDASARKAN SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1-11
Nik Nur Syuhada Nik Abdullah
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.
niknursyuhada@yahoo.com
Tujuan
kertas kerja ini ditulis adalah untuk menganalisis faktor-faktor keperluan
pengurusan insaniah berkualiti berteraskan Islam berdasarkan surah al-Mukminun
dari ayat 1 hingga 11 dalam menggerakkan pengurusan di institusi Islam. Surah
al-Mukminun dipilih untuk dianalisis daripada 114 buah surah yang lain kerana
surah tersebut menggambarkan ciri-ciri pengurusan insaniah berkualiti yang
utama untuk diterap oleh ahli-ahli institusi. Faktor-faktor pengurusan insaniah
berkualiti berdasarkan surah al-Mukminun penting untuk dianalisis bagi
memperluaskan ilmu-ilmu pengurusan insaniah berteraskan Islam kerana pekerjaan
yang melibatkan Muslim harus diuruskan dengan cara Islam untuk mendapatkan reda
Allah SWT. Kertas kerja ini dikupas berdasarkan pendekatan kualitatif dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian yang diperolehi
akan menjadi asas panduan kepada pengurusan insaniah berteraskan Islam
terutamanya di institusi Islam.
Kata kunci: pengurusan,
pengurusan insaniah, pengurusan insaniah berteraskan Islam, surah al-Mukminun,
surah al-Mukminun ayat 1-11, institusi Islam
78
GAYA HIDUP ISLAM DARI PERSPEKTIF
AD-DĪN AL-ISLAM
Fadzilah Akmal Ali
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
Tel:
04-6534603 or 013-3463275 Faks: 04-6532124
Tujuan utama artikal ini adalah untuk
membincangkan gaya hidup dari perspektif ad-dīn
al-Islam atau agama Islam (Islamic
religiosity). Ianya merangkumi elemen-elemen yang perlu untuk menjadi asas
kepada pembentukan konsep baru gaya hidup Islam. Penetapan asas kepada gaya
hidup Islam adalah merujuk secara total ke atas perbincangan falsafah ad-dīn al-Islam. Dalam Islam, ad- dīn atau agama telah banyak
dibincangkan oleh penyelidik dan ilmuan Islam, sama ada dari perspektif Islam
atau konvensional. Walau bagaimanapun, persoalan yang timbul adalah samada
kajian-kajian tersebut berkaitan dengan menerangkan dan mentafsir gaya hidup
Islam berasaskan tunjang falsafah Islam yang sebenarnya? Sehubungan dengan itu,
perbincangan artikel ini tertumpu kepada mengenal pasti dan menganalisis
manuskrip dan kajian lepas yang relevan berkaitan dengan ad-din al-Islam dan gaya hidup dari sudut
pemahaman falsafah Islam. Untuk tujuan ini, kertas kerja ini mengguna kaedah
metodologi carian perpustakaan dan analisis kandungan. Tumpuan perbincangan
dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu: (i) konsep ad-dīn al-Islam (religiosity)
dan hubungannya dengan gaya hidup; (ii) asas falsafah gaya hidup Islam; dan
(iii) pengertian gaya hidup Islam.
Kata kunci:
gaya hidup Islam, ad-dīn al-Islam
79
PEMASARAN INSTITUSI MASJID
BERASASKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KES INSTITUSI MASJID DI PULAU
PINANG
Muhammad Zufar Marwah
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
11800
Pulau Pinang
Institusi
masjid pada masa kini perlu untuk bersaing menjadi sebagai pusat atau jantung
bagi kehidupan umat Islam dan masyarakat sekelilingnya dalam pelbagai perkara
bersangkut paut tentang urusan umat Islam. Peranan itu bermula dari sebagai
tempat beribadah, beriktikaf, mencari dan mendalami ilmu sehinggalah ke tempat
menguruskan umat Islam seperti urusan perkahwinan, pengurusan jenazah dan
sebagainya. Sewajarnya potensi peranan-peranan ini dipasarkan sebaiknya supaya
masyarakat bukan sahaja tahu peranan ini malah turut bersama melibatkan diri
bagi menjayakan peranan ini. Namun untuk memasarkan institusi masjid sebagai
jantung di tengah-tengah kelompok masyarakat setempat bukan satu tugas yang
mudah. Ia memerlukan gabungan kaedah pemasaran yang pelbagai untuk terus
memastikan institusi ini sentiasa didekati masyarakat. Melihat perkembangan
pesat teknologi abad ke-21 ini, dipercayai salah satu usaha untuk meningkatkan
pemasaran masjid dapat dilakukan dengan memanfaatkan kelebihan teknologi
maklumat dan komunikasi. Kertas kerja ini, bertujuan memperkenalkan satu
kerangka kerja untuk menjelaskan aspek skop pemasaran institusi masjid pada
masyarakat dan strategi pemasaran tersebut melalui teknologi maklumat dan
komunikasi. Secara khususnya, kerangka kerja pemasaran ini dibentuk dari
pemerhatian mendalam dan temu bual mengenai perancangan dan aktiviti yang
dijalankan oleh institusi masjid di Pulau Pinang. Penulisan kertas kerja ini diharap
dapat mengembangkan lagi kaedah-kaedah yang sedia ada dalam menarik perhatian
masyarakat untuk terus mendekati institusi masjid seterusnya menjadikan
institusi masjid sebagai pusat kehidupan umat Islam.
Kata Kunci: Masjid; pemasaran;
teknologi maklumat dan komunikasi
80
ANALISIS
MODEL PROGRAM LATIHAN SEBAGAI ASAS LATIHAN DAN PEMBANGUNAN DALAM PENGURUSAN
INSAN
Maizatul
Mazwa Mazlan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Emel: maizatul85@yahoo.com
Dalam melahirkan program-program latihan dan pembangunan,
model program latihan memainkan peranan utama dalam membentuk sesebuah program
latihan. Model program latihan dapat menentukan kompenan-kompenan dan
proses-proses yang terlibat dalam sesebuah program latihan yang dirancang.
Model ini juga dapat menjelaskan hasil latihan yang akan diperolehi daripada
program latihan yang akan dijalankan. Kertas kerja ini mengandungi dua objektif
utama. Pertama, mengenal pasti model program latihan yang sedia ada. Kedua,
menganalisis model program latihan sebagai asas latihan dan pembangunan dalam
pengurusan insan. Untuk tujuan tersebut, kertas kerja ini menggunakan reka
bentuk kajian deskriptif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui
kajian kepustakaan. Manakala kaedah analisis pula adalah kaedah analisis
kandungan ke atas sorotan kajian-kajian lepas dan sorotan karya-karya yang
berkaitan.
Kata
Kunci: Latihan, Pembangunan insan, pengurusan insan, model
program latihan, model latihan
81
KESETIAAN
PEKERJA PERBANKAN ISLAM DI BANDA ACEH, INDONESIA: ANALISIS KRITERIA KEBAJIKAN DI
TEMPAT KERJA
Ridwan Nurdin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.
Tel. 04-6534603 atau 01114466147; Fax: 04-6532124;
Kesetiaan pekerja merupakan satu pembahasan penting yang menarik minat
banyak ahli sains pengurusan sumber manusia dan perilaku organisasi. Perkara
ini disebabkan selain kerana kesetiaan pekerja akan menguntungkan majikan juga
dapat dimanfaatkan kepada kemajuan dan pembangunan organisasi/syarikat. Oleh
itu pandangan
Islam tentang kesetiaan pekerja Muslim perlu diambil berat, kerana pandangan
lazim dianggap tidak mencukupi dari sisi kerangka kerja falsafah atau
tasawurnya. Pandangan lazim lebih menitikberatkan kepada akal semata-mata, maka
dalam menilai sesuatu, sudut pandangan lazim menjadi pragmatik materialistik.
Sedangkan pandangan Islam lebih menitikberatkan pada Al-Falah dan Mardhatillah
(kebaikan duniawi-ukhrawi dan keredhaan Allah SWT). Persoalan yang dibahas pada
kertas kerja ini ialah, pertama, apakah kesetiaan pekerja itu? Kedua, apakah
kriteria kesetiaan pekerja Muslim itu?
Ketiga, bagaimana hasil kajian yang telah dilaksanakan terhadap para
pekerja perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia, utamanya tentang salah satu
kriterianya iaitu kebajikan di tempat kerja? Tujuan kertas kerja ini
adalah untuk mengemukakan kriteria kebaikan di tempat kerja sebagai salah satu kriteria kesetiaan pekerja Muslim
dari perspektif Islam dengan merujuk kepada ayat-ayat yang terdapat dalam
al-Qur’an dan Hadis dan menilai tahap kesetiaan pekerja perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia berdasarkan
kriteria tersebut. Penulisan
kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan analisis
tekstual dan kaedah empirikal berbentuk kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa Islam memberikan panduan yang jelas tentang kesetiaan pekerja terutama
dalam hal kebajikan di tempat kerja. Sebuah kajian pun telah
dijalankan dengan melibatkan sebanyak
277 responden pekerja
perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia.
Data
dikutip dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan
statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan tahap kesetiaan pekerja muslim
di perbankan Islam di Banda Aceh
berdasarkan kriteria kebajikan di tempat kerja adalah di tahap tinggi.
Kata Kunci: Kesetiaan Pekerja Muslim,
Perspektif Islam, Kriteria Kebajikan di tempat kerja
82
TALENT DEVELOPMENT MODEL
OF CAREER IN ISLAMIC BANKING INSTITUTIONS: TALENT, UNIVERSITY INFRASTRUCTURE,
AND CURRICULUM ATTRIBUTES
Mohd Ikhwan Aziz
Email: wanpuma@gmail.com
Economics and Management Sciences
Universiti Sultan Zainal Abidin
Tel: 0179708330
Abstract Presently Malaysia Islamic banking
brand name has spread all over the world, not only in banking practice but also
on the talent development aspect. Many university and higher education
institutions offered Islamic banking programme. Despite Malaysia have abundant
graduates in the job market, yet, Malaysia Islamic banking faces a critical
shortage of Islamic banking talent. Malaysia needs merely 200,000 finance
professionals by the year 2020. To date, there are only 17,621 workforces in
Islamic banks, constitute at 11% of the required by Bank Negara Malaysia. Why
is it so? Is it on the not an appropriate of talent development practice for
the Islamic banking undergraduates in their university? Therefore this paper
attempt to propose specific talent development model for Malaysian Islamic
banking graduates. To do so, a pilot study were conducted with a structured
interview of the questionnaire. To be evaluated by a group Malaysian
undergraduates on the talent development current practice in university.
Keyword Talent Development, Islamic Banking,
Undergraduate, Malaysia
83
ANALISIS FUNGSI HOTEL
ISLAMI PADA MASA KINI DARI PERSPEKTIF TASAWUR ISLAM
Nur Fadhliana
Habibollah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 019-5291655
Kertas kerja ini bertujuan untuk
menganalisis fungsi hotel Islami pada masa kini. Penerimaan yang baik dari
kalangan pelancong Muslim terhadap hotel Islami meningkatkan pendapatan ekonomi
negara sekali gus menggalakkan pengusaha-pengusaha hotel untuk membuka lebih
banyak hotel berkonsepkan Islam. Namun, berdasarkan kajian lepas didapati
bahawa terdapat dua jenis hotel Islami yang cuba diketengahkan iaitu hotel
halal dan hotel patuh syariah. Persoalannya, adakah hotel Islami yang cuba
diketengahkan ini benar-benar menepati falsafah Islam? Untuk menjawab persoalan
ini, penelitian terhadap fungsi hotel Islami yang sebenar harus bertitik tolak
dari akar umbi penubuhan hotel itu sendiri. Justeru, kertas kerja ini akan
menganalisis fungsi hotel Islami pada masa kini dari perspektif tasawur Islam.
Selanjutnya, topik ini akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan.
Kertas kerja ini diharap dapat mencadangkan penambahbaikan fungsi hotel Islami
pada masa kini dari perspektif tasawur Islam.
Kata Kunci: Hotel Islami, fungsi hotel, tasawur Islam
84
STANDARD OPERASI PIAWAI
(SOP) DALAM PENENTUAN AWAL BULAN-BULAN IBADAH DI MALAYSIA
Nabilah Abd Salam
Email: nabilahabdsalam@gmail.com
Centre For Islamic Development Management
Studies (ISDEV)
University Sains Malaysia
Telephone/Mobile Number 0194262310
Di Malaysia, Majlis Kebangsaaan Hal Ehwal Agama
Islam telah mengesah dan menetapkan kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan
awal bulan-bulan ibadah. Bulan-bulan ibadah yang di maksudkan adalah merangkumi
Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Namun, sering kali juga timbul isu-isu berkenaan
penentuan hari raya ini. Antaranya ialah pada tahun 2000 dan 2001, terdapat
fahaman-fahaman yang tidak bersetuju dengan pengisytiharan rasmi Hari Raya
Aidil Adha yang diisytiharkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.
Golongan ini juga telah bertindak mengikut pengisytiharan yang dilakukan oleh
kerajaan Arab Saudi. Hal ini berlaku kerana majoriti rakyat Malaysia terkeliru
dan tidak mempunyai pengetahuan dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di
Malaysia? Persoalannya, siapakah yang terlibat dalam penentuan bulan-bulan
ibadah ini? Apakah standard operasi piawai (SOP) yang diaplikasi? Justeru,
kertas kerja ini ditulis bagi memenuhi dua objektif utama. Pertama, mengenal
pasti SOP penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia; kedua, menganalisis
standard operasi piawai (SOP) dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di
Malaysia. Kajian ini menggunakan data sekunder dan dianalisis secara analisis
kandungan. Hasil kajian ini mendapati, SOP yang diaplikasi dalam penentuan awal
bulan-bulan ibadah di Malaysia adalah bersesuaian dengan asas fatwa. SOP ini
melibatkan empat orang wakil iaitu Mufti Negeri, Pengarah Jabatan Ukur dan
Pemetaan, Pegawai Agama Jabatan Agama Islam Negeri dan ahli falak. Ia dilakukan
dengan sistematik dan bersesuaian dengan keadaan semasa Malaysia.
Kata Kunci: SOP, Penentuan bulan-bulan Ibadah,
Rukyah, Hisab
85
KONSEP MODAL INSAN DALAM
KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA-NEGARA MEMBANGUN
Norhafizah Abdul Halim
Email: eyzahalim@gmail.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 013-5362165
Indeks Pembangunan Manusia (HDI) pada tahun 2007
telah meletakkan kedudukan sesebuah negara sebagai negara maju, membangun
ataupun mundur berdasarkan kepada tahap pembangunan insan di negara tersebut.
Justeru itu, negara-negara membangun kini mula mengambil langkah implementasi
konsep modal insan ke dalam dasar pembangunan negara untuk mencapai tahap
pembangunan insan sebagaimana yang dikecapi oleh negara maju. Konsep modal
insan juga dikatakan mampu menjadi pemangkin kepada tahap pembangunan insan
serta menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kertas kerja ini
mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti asas falsafah dalam
konsep modal insan yang diguna pakai oleh kebanyakan negara-negara membangun
dan yang keduanya, membincangkan peranan penting konsep modal insan ini dalam
menjana pembangunan sesebuah negara. Melalui kaedah kepustakaan dan analisis
kandungan, hasil kajian mendapati bahawa implementasi konsep modal insan oleh
kebanyakan negara-negara membangun adalah berasaskan tasawur Barat yang sarat
dengan elemen-elemen material sebagai tunjang utama dalam pembentukan konsep
tersebut.
Kata Kunci: Modal insan, pembangunan negara,
negara-negara membangun
86
CABARAN DALAM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL YANG DIHADAPI
OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Nur ‘Arifah Mohd Nor
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang
Manual
Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) merupakan dokumen penting bagi
rujukan dalam pemantauan pensijilan halal yang dilaksanakan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaupun dokumen penting tersebut menjadi panduan
dalam pemantauan, namun masih terdapat cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
JAKIM dalam melaksanakan pemantauan tersebut. Timbulnya pelbagai isu mengenai
keraguan terhadap pelbagai jenis bentuk logo halal dan kesahihannya telah
menyebabkan pengguna terutama orang Islam kurang yakin dengan status halal
produk yang berada di pasaran. Oleh itu, kertas kerja ini ditulis adalah
bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam pemantauan
pensijilan halal yang dilaksanakan oleh JAKIM. Persoalannya, adakah cabaran
yang dihadapi oleh JAKIM bertitik tolak daripada kerjasama yang diberikan oleh
sesebuah premis? Bagi menjawab persoalan tersebut, terdapat dua objektif yang
telah ditetapkan. Pertama, mengenal pasti pemantauan pensijilan halal yang
dilaksanakan oleh JAKIM. Kedua pula adalah menganalisis cabaran yang terpaksa
dihadapi JAKIM dalam pemantauan pensijilan halal tersebut. Dapatan yang
diperoleh daripada analisis kandungan terhadap data-data sekunder membawa
kepada rumusan bahawa pemantauan pensijilan halal yang dilaksanakan oleh JAKIM
perlulah dipertingkatkan kecekapannya dalam pemantauan agar dapat mengembalikan
keyakinan masyarakat terhadap status sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Kata
kunci: Pengurusan Pensijilan Halal, Pensijilan Halal, Halal
87
HUBUNGAN PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA SWASTA DENGAN
PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG HOLISTIK
Shahrinizam Mohd Amin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia
Pembangunan Institusi Pendidikan Agama
bermula secara informal. Pelajaran yang
diberikan pula mengkhusus kepada pengajian yang berkaitan dengan bacaan
Al-Quran dan kitab-kitab agama yang bertujuan untuk melahirkan individu muslim
yang beriman dan beramal kepada Allah s.w.t.
Kini Institusi Pendidikan Agama ini telah berkembang pesat dibangunkan
oleh pihak kerajaan dan pihak swasta.
Bahkan sejak kebelakangan ini Institusi Pendidikan Agama Swasta ini
telah menjadi pilihan untuk ibu bapa menghantar anak-anak mereka mengikuti
pengajian di institusi tersebut walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
yang banyak. Adakah para ibu bapa telah
tidak yakin untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian yang
dijalankan oleh pihak kerajaan? Ataupun
terdapat dimensi tertentu pada Institusi pendidikan itu sendiri yang
menyebabkan ibu bapa memilihnya. Oleh itu, objektif dalam kertas kerja ini
melalui kajian perpustakaan akan membincangkan perkembangan institusi
pendidikan agama di Malaysia hingga kini.
Di samping itu, kertas kerja ini juga akan membincangkan faktor penentu
pemilihan terhadap institusi pendidikan agama swasta dalam membangunkan modal
insan yang holistik. Adalah diharapkan
kertas kerja ini akan memberi panduan kepada institusi pendidikaan swasta untuk
memenuhi keperluan dan kehendak ibu bapa.
Kata kunci: Institusi Pendidikan Agama
Swasta, modal insan, holistik
88
ANALISIS KAJIAN TERDAHULU
BERKENAAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN DALAM PENGURUSAN INSAN
Abang Mohd. Razif Abang
Muis
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia,
11800
Pulau Pinang.
Kertas
kerja ini bertujuan untuk meneliti secara terperinci kajian-kajian yang
berkaitan dengan latihan dan pembangunan dalam pengurusan insan. Penelitian ini
dilaksanakan untuk melihat kajian yang dititikberatkan oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu. Latihan dan pembangunan merupakan antara aspek penting dalam
meningkatkan prestasi pekerja dalam sesebuah organisasi. Tanpa latihan dan
pembangunan dalam menguruskan insan, impak yang negatif boleh melanda sesebuah
organisasi. Hal ini disebabkan timbulnya masalah seperti pekerja tidak efisien,
penyelewengan, salah laku dan rasuah yang berleluasa. Oleh yang sedemikian,
persoalan yang timbul ialah, sejauh mana penekanan yang diberikan oleh
penyelidik-penyelidik terdahulu dalam meneliti aspek latihan dan pembangunan
tersebut? Kertas kerja ini berhasrat untuk menjawab persoalan ini dengan
meneliti kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.
Kata
kunci: latihan dan pembangunan,
pengurusan insan
89
KE ARAH PENGEMBANGAN MODEL BUDAYA ORGANISASI DARIPADA
INSTITUSI PERNIAGAAN ISLAM
Azuar Juliandi
Calon PhD.
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Malaysia
dan Pensyarah
Universitas Muhammadiyah
Sumatera Utara
(UMSU), Medan, Indonesia
Islam merupakan
jalan hidup sempurna yang diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah Muhammad SAW.
Sebagai jalan hidup, maka segala sesuatu dalam kehidupan diatur oleh Islam
melalui sumber utama yakni Al-Quran dan Hadis. Salah satu dalam kehidupan yang
diatur oleh Islam adalah tentang ilmu pengetahuan baik di bidang ilmu alam
mahupun ilmu sosial. Pengurusan sumber manusia adalah salah satu cabang ilmu
sosial. Salah satu konsep yang dikaji dalam pengurusan sumber manusia ialah budaya
organisasi. Budaya organisasi merupakan nilai-nilai yang dianuti oleh anggota
organisasi dan menjadi ciri khas organisasi yang membezakan sesebuah organisasi
dengan organisasi lainnya. Majoriti konsep organisasi yang dipelajari oleh para
ahli akademik Islam bersumber dari Barat yang belum tentu sesuai dengan Islam.
Setakat ini, dalam kajian yang penulis dapati, ada beberapa ahli akademik Islam
sudah mengkaji budaya organisasi Islam, hanya saja masih terbatas mengkaji
institusi Islam, sementara nilai-nilai budaya organisasi yang digunakan dalam
kajian masih merujuk kepada konsep Barat. Oleh kerana itu, dalam kertas kerja
ini penulis berupaya untuk merancang model budaya organisasi institusi Islam
yang dirujuk kepada sumber-sumber Islam iaitu Al-Quran, Hadis dan pandangan
ahli Akademik Islam.Unsur-unsur rancangan daripada model yang dibangun
merangkumi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik daripada pembangunan
budaya organisasi menurut pandangan Islam.
Kata Kunci: Islam,
budaya, budaya organisasi Islam, institusi Islam, perniagaan Islam
90
PENGURUSAN KONFLIK KEPUAKAN DALAM POLITIK
DARI PERSPEKTIF ISLAM
Roslan Hassan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
E-mel: roslan.hassan@umw.com.my
Tel: +6035163 5000 ;
Faks: +6035512 6310
Konflik terhasil disebabkan perbezaan nilai, objektif dan
keperluan seseorang atau pihak tertentu. Terdapat pelbagai kaedah dalam
menangani konflik. Kaedah-kaedah ini terbahagi kepada dua perspektif. Pertama,
perspektif konvensional; dan kedua, perspektif Islam. Bagi perspektif
konvensional, misalnya terdapat lima Kaedah Pengurusan Konflik (KPK) yang dibangunkan
oleh Thomas-Kilmann (1974). Pertama, bersaing; kedua, bertolak ansur; ketiga,
mengelak; keempat berkolaborasi; dan kelima, akomodasi. Daripada pengalaman
penggunaan kelima-lima kaedah ini didapati masih belum dapat menguruskan
konflik khususnya menguruskan konflik kepuakan dalam politik. Untuk itu, kertas
kerja ini dilakukan untuk meneliti kaedah pengurusan konflik kepuakan dalam
politik yang sesuai dari perspektif Islam pula. Untuk mendapatkan itu, kertas kerja ini dilakukan
dengan menggunakan kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Hasilnya didapati
bahawa terdapat empat KPK kepuakan dalam politik yang berasaskan perspektif
Islam. Pertama, menekankan soal pembersihan hati; kedua, dengan kaedah
musyawarah (mesyuarat); ketiga, ketaatan kepada pemimpin; dan keempat,
mempunyai akhlak mahmudah (terpuji).
Kata kunci: Pengurusan
Konflik, Konflik, Politik Islam, Perspektif Islam
91
KAEDAH PENYELIDIKAN
AL-BIRUNI: ANALISIS TASAWUR DAN EPISTEMOLOGI
Nur Ilani Mat Nawi
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang
Kertas kerja ini bertujuan
menganalisis tasawur dan epistemologi kaedah penyelidikan yang digunakan oleh
Al-Biruni. Al-Biruni seorang Muslim telah menghasilkan kitab-kitab berkaitan
masyarakat Hindu iaitu Kitab Al-Hind
dan Kitab Al-Athar. Persoalannya,
apakah tasawur dan epistemologi Al-Biruni dalam menghasilkan kitab tersebut?
Adakah tasawur dan epistemologi beliau bertepatan dengan tasawur dan
epistemologi Islam? Bagi menjawab persoalan ini, kajian-kajian terdahulu
disorot dan diteliti dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis ini
dilakukan berdasarkan tiga komponen utama dalam kaedah penyelidikan iaitu reka
bentuk kajian, pengumpulan data dan analisis data. Kertas kerja ini mendapati
kaedah penyelidikan Al-Biruni adalah menepati tasawur dan epistemologi Islam.
Kata kunci: kaedah penyelidikan, Kitab Al-Hind, Kitab Al-Athar, Al-Biruni, tasawur, epistemologi.
92
KAEDAH GENERALISASI
BERDASARKAN ISTIQRA'
Umi Zulaika Abd
Rashid
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 0136862510
Penyelidikan merupakan proses mencari
pengetahuan baharu. Bagi tujuan itu terdapat beberapa kaedah yang digunakan
untuk menjalankan penyelidikan. Antaranya induktif, deduktif, abduktif, dan
retroduktif.. Dalam kaedah penyelidikan sosial kaedah penyelidikan induktif
berfungsi membuat generalisasi. Berbeza dengan kaedah penyelidikan Islam yang
menggunakan istiqra’. Istiqra’ ialah kaedah membuat generalisasi berdasarkan
perkara-perkara khusus. Kaedah istiqra’ dan induktif mirip akan tetapi
masing-masing mempunyai teknik yang tersendiri. Kaedah Induktif menggunakan
teknik bawaqi berbeza dengan istiqra’ yang menggunakan teknik sabr wa taqsim.
Al-Habannakah (1993) menyatakan teknik bawaqi mempunyai ruang untuk diragui
dapatannya berbeza dengan teknik sabr wa taqsim. Persoalannya, apakah
peringkat-peringkat (marhalah) istiqra’ bagi membuat generalisasi? Bagaimanakah
teknik sabr wa taqsim mempengaruhi hasil generalisasi? Bagi menjawab persoalan
ini, dua objektif telah ditetapkan. Pertama, mengenal pasti peringkat-peringkat
(marhalah) istiqra’. Kedua, menganalisis kaedah generalisasi berdasarkan
istiqra’ dalam konteks kaedah penyelidikan Islam. kajian kepustakaan dijalankan
dengan menggunakan analisis kandungan mendapati terdapat tiga peringkat
(marhalah) istiqra’ iaitu penelitian dan percubaan (mulahazah wa tajribah),
andaian (furudh), dan pengesahan andaian (tahqiq al-furudh). Kaedah
generalisasi berdasarkan istiqra’ merupakan kaedah generalisasi yang
berperingkat lagi tersusun. Ia turut berfungsi sebagai kaedah penghujahan dan
sesuai sebagai strategi kajian dalam kaedah penyelidikan Islam.
Kata Kunci: Peringkat-Peringkat Istiqra’, Kaedah Generalisasi
93
FAKTOR EKSTRINSIK MEMPENGARUHI KEFAHAMAN TERHADAP
PERBANKAN ISLAM (PI) DALAM KALANGAN PENGGUNA MUSLIM: TINJAUAN SOROTAN KARYA
Yusliamir Mohd Yusoff
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
Universiti
Sains Malaysia
Emel:
yusliamirmohdyusoff@yahoo.com
Kertas
kerja ini mengkaji tentang kefahaman perbankan Islam dalam kalangan pengguna
Muslim. Perbankan Islam merupakan sebuah institusi perbankan yang berlandaskan
Syariah. Perbankan Islam mengamalkan sistem yang bebas daripada unsur riba dan
berbeza sekali dengan perbankan konvensional yang jelas mengamalkan riba.
Pengguna Muslim merupakan golongan yang bijak dalam membuat sesuatu pilihan
termasuklah dalam aktiviti perbankan. Sebagai seorang pelanggan perbankan Islam
pengguna Muslim juga turut terlibat secara langsung dalam aktiviti perbankan.
Namun begitu, mengapakah masih terdapat pengguna Muslim terutamanya menggunakan
perkhidmatan dan produk daripada perbankan konvensional? Adakah disebabkan
kekurangan kefahaman terhadap perbankan Islam menyebabkan pengguna Muslim masih
meletakkan perbankan konvensional sebagai pilihan yang tepat? Objektif kertas
kerja ini ialah mengenal pasti kefahaman tentang perbankan Islam dalam kalangan
pengguna Muslim. Selain itu, menganalisis tahap kefahaman pengguna Muslim dan
merumuskannya. Kajian ini merupakan kajian deskriptif serta kaedah analisis data
dilakukan dengan cara analisis data sekunder. Dapatan kajian ini terhadap
kajian-kajian lepas yang telah dijalankan mendapati bahawa produk, servis,
perkhidmatan yang efisien, pemasaran dan reputasi merupakan faktor ekstrinsik
yang mempengaruhi tahap kefahaman terhadap perbankan Islam dalam kalangan
pengguna Muslim. Kesimpulannya, institusi perbankan Islam perlulah memberi
perhatian dalam meningkatkan kefahaman terhadap perbankan Islam terhadap
masyarakat terutamanya orang Islam.
Kata
kunci: Perbankan Islam, kefahaman, pengguna Muslim
94
KAEDAH PENGURUSAN INSTITUSI
MASJID BAN NUA, THAILAND
Maznah Raheen
Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti
Sains Malaysia
11800
USM, Pulau Pinang.
Email:maznahraheen@yahoo.com
Kertas
kerja ini bertujuan mengenal pasti kaedah pengurusan yang diguna pakai di
institusi Masjid Ban Nua, Thailand dan menilai kesesuaian pemakaiannya ke atas
pengurusan institusi pembangunan berteraskan Islam. Masjid Ban Nua, Thailand bukan sahaja memainkan
peranan sebagai pusat ibadat tetapi juga
berfungsi sebagai pusat pembangunan menyeluruh yang menjalankan pelbagai
aktiviti yang berbentuk fizikal dan spiritual.
Melalui institusi masjid ini, ahli jawatankuasa masjid berjaya
menguruskan institusi masjid secara efektif dan berkesan. Kajian perpustakaan
dan penelitian kandungan dijalankan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas
terhadap subjek yang dibincangkan. Hasilnya kaedah pengurusan institusi masjid
Ban Nua, Thailand adalah berteraskan Islam.
Kata kunci:
Kaedah, Pengurusan Institusi, Masjid Ban Nua Thailand
|